i negara ini yang mementingkan diri sendiri dengan sengaja ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan kesesakan jalan raya berlaku setiap kali ada sekatan jalan raya (SJR).
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Azisman Alias, kesesakan jalan raya itu bukan berpunca daripada anggota keselamatan seperti polis dan tentera yang bertugas.
“Kita bukan merayu kepada anda semua, kita nasihat dan beritahu anda semua untuk lebih bertimbang rasa. Jangan salahkan polis kerana berlakunya kesesakan jalan raya.
“Memang tugas kita untuk melakukan semakan secara rapi terhadap setiap pengguna jalan raya ketika musim PKP ini.
Kita hanya jalankan tanggungjawab kita.