Menu istimewa McDonalds yang akan menemui rakyat sempena Ramadan 24 April ini.

KUALA LUMPUR – McDonalds Malaysia bersedia menyajikan dua menu istimewa untuk pelanggannya di seluruh negara sempena bulan Ramadan ini yang dijangka bermula 24 April ini.

Kedua-duanya ialah Foldover Ikan Rangup dan Ayam Goreng Sos Cili Manis yang diperkenalkan sebagai antara menu istimewa kali ini.

Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonalds Malaysia, Melati Abdul Hai berkata, pengenalan kedua-dua menu baharu itu sebahagian daripada komitmen berterusan pihaknya dalam menyediakan pilihan menarik sepanjang Ramadan dengan citarasa yang berlainan.

Katanya, sepanjang bulan tersebut para penggemar ikan mempunyai pilihan untuk menikmati Foldover Ikan Rangup dengan kepingan ikan rangup keemasan yang lengkap dengan salad, tomato, dan hirisan bawang merah segar bersama sos istimewa yang dibaluti roti nipis hangat.

“Dihidangkan bersama Kentang Goreng dan Teh Ais Limau, ianya merupakan hidangan yang enak dan mengenyangkan untuk berbuka puasa.

“Selain itu, Foldover Ayam Gril lazat yang sentiasa menjadi kegemaran ramai turut diperkenalkan semula.

“Foldover Ayam Gril sememangnya menjadi kegemaran pelanggan dan ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan ketika kami memperkenalkannya semula pada tahun lalu.

“Oleh demikian, pihak kami ingin memenuhi permintaan pelanggan dengan memperkenalkan varian baharu melalui pelancaran Foldover Ikan Rangup ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, tambah Melati, penggemar Ayam Goreng McD juga boleh menikmati hidangan itu dengan cara baharu iaitu bersama sos cili manis enak yang akan memberikan mereka rasa yang lebih mengagumkan.

Menurut Melati lagi, Nasi Lemak McDonalds yang sentiasa menjadi kegemaran ramai bakal melengkapkan lagi hidangan Ramadan, ia bukan sahaja membuka selera mereka yang berpuasa tetapi juga setiap rakyat Malaysia.

Ujarnya, permulaan Ramadan tahun ini akan jatuh dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ketika rakyat Malaysia menyesuaikan diri dengan keadaan itu, pihaknya ingin terus membawa kegembiraan kepada mereka menerusi hidangan istimewa yang menyelerakan seisi keluarga pelnggan di sepanjang bulan Ramadan.

“Walaupun dalam persekitaran yang mencabar ini, McDonalds Malaysia akan terus menyajikan rakyat dengan pelbagai tawaran menu baharu dan menarik melalui kemudahan saluran McDelivery dan kaunter pandu lalu kami.

“Pelanggan juga boleh berbuka puasa dengan menikmati pelbagai hidangan pencuci mulut dan kopi McDonalds pada bulan Ramadan ini.

“Pai Coklat Pisang merupakan pencuci mulut terbaharu menggabungkan inti coklat dan pisang enak dalam kulit pai coklat yang rangup manakala penggemar kopi tidak akan kecewa kerana McCafe akan memperkenalkan minuman itu dengan ekstrak kurma yang sangat sesuai untuk dinikmati sepanjang bulan Ramadan iaitu Kurma Ais, Kurma Latte Ais, dan Susu Kurma Ais,” ujar Melati lagi.

Di samping itu, katanya, Foldover Ayam Gril dan Foldover Ikan Rangup masing-masing berharga RM16.99, lengkap dengan Kentang Goreng dan Teh Ais Limau dalam saiz sederhana manakala Set 2 ketul Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis pula berharga RM15.49 manakala Set 3 ketul ayam pula berharga RM20.24.

Sementara itu, Melati jug memaklumkan set Nasi Lemak McD dengan 1 ketul Ayam Goreng McD boleh didapati dengan harga RM12.99 manakala set 2 ketul ayam pula berharga RM15.99.

“Foldover Ayam Gril dan Foldover Ikan Rangup boleh didapati mulai hari ini dalam tempoh masa terhad, manakala Ayam Goreng McD dengan Sos Cili Manis boleh didapati mulai 24 April,” katanya sambil menegaskan segala pesanan pesanan membungkus untuk semua menu berkenaan boleh dibuat di restoran-restoran McDonald’s terpilih, dan menerusi perkhidmatan pandu lalu serta McDelivery.

Dalam perkembangan sama, Melati memberitahu, McDonalds Malaysia juga telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan dan kebersihan makanan bagi memastikan kesihatan dan kesejahteraan Warga Kerja dan Pelanggannya.

Katanya, ia termasuk pelancaran sistem tanpa sentuh dan tanpa tunai untuk perkhidmatan McDelivery.

Bagi penghantar makanan, mereka mesti mematuhi langkah berjaga-jaga sebagaimana berikut ketika menghantar makanan kepada pelanggan iaitu dikehendaki memakai topeng muka dan sarung tangan sebelum memasuki premis, melakukan sanitasi tangan.- MalaysiaGazette