KUALA LUMPUR – Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar hari ini menafikan dakwaan wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Covid-19 hospitak itu ditutup hari ini.
Dalam satu kenyataan, hospital seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu berkata, ia adalah berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.
“Fake News (Berita palsu),” tulis pihak hospital berkenaan.
Semalam, tersebar satu status di laman Facebook yang berkata wad ICU itu telah ditutup.
“Rasmi… penutupan ICU Covid-19 HSB. Alhamdulillah.
“Semoga tidak berulang sejarah hitam,” tulis Iskandar Zulkarnain Mohamad Ali di Facebook beliau.
Malah status sama turut diulang siar beberapa kali dengan penambahan maklumat yang tidak tepat.
“Alhamdulillah… Penutupan ICU COVID19 HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH. tahniah org kedah tp jangan dok melwaq pulak setann!!!,” tulis Ibnu Ismail. – MalaysiaGazette