Rungutan serta keluhan segelintir petugas media yang kadangkala terpaksa berdepan ditahan dalam sekatan jalan raya ketika menjalankan tugas tidak lagi berlaku dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga.
Ini kerana para petugas media yang berdaftar dengan Jabatan Penerangan Malaysia sebahagian daripada kumpulan essential dan dibenarkan melalui laluan khas oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).