Dr. Ibrahim (kiri) bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan bawah Akta ISA di Kem Tahanan Kamunting.

SAYA terbayang serta teringat pengalaman 60 hari dalam bilik kurungan dan menjalani proses introgasi oleh pegawai-pegawai penyiasat tidak kira waktu, adakalanya 17 jam satu hari ketika ditahan bawah Akta ISA.

Tempat tidur dan tandas dalam bilik kecil yang sama. Peringkat pertama, tahanan 60 hari iaitu dua bulan dan ini tempoh penyiasatan serta interogasi.

Saya melalui proses dan pengalaman pahit ini dua kali. Kali pertama ditahan pada 3 Disember 1974.

Selepas soal siasat selama 60 hari, saya dihantar ke kem tahanan Kamunting, Taiping genap dua tahun iaitu 24 bulan 2 bulan. Bermakna selama 26 bulan saya dalam kurungan.

Ambil peperiksaan akhir ijazah dalam kem tahanan Kamunting dan Alhamdulilah lulus dengan cermerlang.

Saya ditahan kerana dua isu besar iaitu,

  1. Isu menuntut ITM dinaikkan taraf universiti (demonstrasi yang terbesar dan lama, sepanjang sejarah Malaysia Merdeka).
  2. Isu Baling yang melibatkan kemiskinan rakyat.
  3. Kali yang kedua, sekali lagi saya ditahan bawah ISA pada tahun 1987 di bawah Operasi Lalang. Sekali lagi dikurung selama 60 hari dan menjalani proses interogasi yang tidak boleh saya lupakan. Isu yang berkaitan Ketuanan Melayu dan Pendidikan.

Pengalaman ini saya rakamkan dalam biografi yang saya tulis bertajuk, Perjuangan tanpa noktah setebal 800 muka surat. Tulisan dalam bahasa Inggeris, The Misundertood Man.

  1. Buat masa ini rakyat dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau MCO kerana penularan wabak Covid-19.

Mereka hanya perlu duduk di rumah sahaja. Jelas ramai tidak tahan tinggal atau berkurung di rumah sehingga ada yang langgar PKP termasuk orang kenamaan. Cuba bayang kalau kena ISA.

Nasib baik ISA sudah dimansuhkan.

Saya tidak dapat bayangkan ketika di akhirat kelak. PKP ini pun baharu sebulan berlalu, sudah ramai yang merungut.

Tapi ada merungut kerana hidup mereka kais pagi makan pagi, kais petang makan petang untuk bayar makan dua hari yang lepas.

Saya bersyukur melalui pengalaman kena kurung bawah ISA sebanyak dua kali itu, PKP atau MCO adalah kacang saja pada saya jika dibanding dengan ISA.

Tetapi, ada hikmah boleh berehat, beramal ibadat, bersenam dan bersama keluarga.

Berat badan dari 82 kilogram sudah turun kepada 74 kilogram. Perut pula dari 42 inci, hari ini sudah susut kepada 37 inci. Alhamdulilah.

Cuma, saya geli hati dan gelak lihat gelagat rakyat Malaysia, apabila setengah daripada mereka tidak boleh keluar rumah. Yang jelas ada yang kurang semangat jati diri dan kurang disiplin.

Semoga semua rakyat selamat dan negara teguh. Insaflah semua. – MalaysiaGazette

Dr Ibrahim Ali
Dr Ibrahim Ali

 

 

 

 

 

Datuk Paduka Dr. Ibrahim Ali adalah Presiden Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast