NEW YORK – Kejatuhan harga kontrak hadapan harga minyak West Texas Intermediate (WTI) untuk bulan Mei tidak semestinya diterjemah kepada penurunan harga runcit.

”Saya rasa ini ia seperti bola keranjang. Kami akan terus melihat harga petrol, harga diesel dan harga bahan bakar jet turun pada bulan Mei.

”Tetapi kita tidak boleh menyimpulkan situasi semasa akan menyebabkan berlaku penurunan luar biasa dan atau harga yang  belum pernah terjadi sebelum ini,” kata Tom Kloza, seorang penganalisis dari Oil Price Information Services.

Namun, katanya, kejatuhan harga minyak sejak kebelakangan ini telah memberi penjimatan kira-kira AS$150 hingga AS$175 pada bulan Mei kepada isi rumah negara ini.

Bagaimanapun, kejatuhan harga minyak ini merupakan berita baik kepada syarikat-syarikat penerbangan.

Bagi syarikat penerbangan yang mengalami kekangan kewangan ketika ini, penurunan harga minyak mentah akan menjadikan operasi lebih murah untuk mengendalikan penerbangan walaupun tempat duduk sudah hampir kosong disebabkan sekatan perjalanan susulan wabak koronavirus.

Bagaimanapun, seorang penganalisis, Raymond James berkata, pasaran tidak menjangkakan syarikat-syarikat penerbangan akan menambah kekerapan penerbangan dalam masa terdekat.

Penanda aras harga minyak Amerika Syarikat menjunam di bawah AS$0 setong hari ini disebabkan ketidaktentuan permintaan dalam pasaran global disebabkan oleh wabak Covid-19 yang menjejaskan pergerakan dan aktiviti ekonomi.

Para penganalisis berkata, harga minyak mentah adalah pelbagai bergantung kepada bekalan, permintaan dan kualiti.

Setakat ini, bekalan minyak jauh lebih tinggi berbanding permintaan sejak wabak koronavirus mengakibatkan berjuta-juta orang tidak dapat menggembara.

Disebabkan lebihan bekalan itu, tangki-tangki minyak WTI menjadi penuh dan sukar untuk mencari ruang.

Pentadbir Maklumat Tenaga Amerika Syarikat berkata, stor minyak di Cushing Oklahoma sudah mencapai 72% kapasiti.

Penurunan harga sebahagiannya disebabkan oleh cara minyak didagangkan.

Kontrak niaga hadapan adalah untuk 1,000 tong minyak mentah, dihantar ke Cushing, yang mana syarikat tenaga memiliki tangki simpanan dengan kapasiti sekitar 76 juta tong.

Setiap kontrak didagangkan selama sebulan, dengan kontrak Mei yang akan berakhir pada hari Selasa.

Pelabur yang memegang kontrak Mei tidak mahu mengambil minyak dan menanggung kos penyimpanan dan pada akhirnya terpaksa membayar pembeli untuk mengambil minyak daripada mereka.

Kontrak bulan Jun, dengan penghantaran sebulan lagi, masih diperdagangkan di atas AS$20 setong, tetapi kejatuhan harga menunjukkan bahawa kebanyakan ruang penyimpanan telah meningkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast