PETALING JAYA – Tindakan tujuh suspek yang dipercayai bergiat aktif terlibat kes pecah rumah dan kegiatan mencuri kabel sepanjang musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Koronavirus 2019 (Covid-19) akhirnya ditumpaskan polis.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, tangkapan pertama pada 20 April sekitar jam 11 pagi melibatkan dua suspek berusia 30 tahun yang baru sahaja memulakan kegiatan terlarang itu pada musim PKP.