AMSTERDAM – Persatuan Bola Sepak Belanda difahamkan telah membuat ketetapan tidak menamatkan baki saingan Liga domestik yang tergantung akibat pandemik Covid-19.
Sebaliknya, laporan di Belanda mendakwa liga utama negara itu akan dibatalkan terus selepas kerajaan melanjutkan tempoh larangan aktiviti sehingga 1 September ini.
Kelab Ajax dan Az Alkmaar mengungguli carta Liga Belanda musim ini selepas mengharungi 26 perlawanan sebelum kesemua jenis liga domestik digantung akibat virus maut itu.
Ajax cuma mengungguli carta dengan perbezaan jaringan gol berbanding Alkmaar di tempat kedua.
Badan pemantau bola sepak Belanda KNVB dalam satu kenyataan media rasmi berkata, pihaknya tidak berniat untuk meneruskan baki perlawanan liga utama yang tergantung musim ini.
“Bagaimanapun perkara ini akan dibincangkan bersama Kesatuan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) sebelum keputusan akhir dimuktamadkan kelak,” kata badan tersebut.
Pada Selasa, Uefa memaklumkan bahawa beberapa liga domestik di benua Eropah berkemungkinan dibatalkan dalam kes kes tertentu mengambil kira pandemik Covid-19.
“Berdasarkan keputusan kerajaan Belanda, KNVB akan berbincang dengan UEFA sebelum mengambil sebarang keputusan muktamad sama ada mahu menyambung liga atau membatalkannya.
“Buat masa ini KNVB belum membatalkan perlawanan liga yang masi tergantung disebabkan oleh kekangan kewangan dalam industri bola sepak berikutan penularan virus maut,” kata badan tersebut.
Justeru kesemua kelab yang bersaing dalam Liga Eredivisie Dutch akan bermesyuarat Jumaat ini untuk membincangkan mengenai kesan sekiranya liga musim ini dibatalkan sementara potensi pusat latihan dibuka semula di bawah syarat ketat bagi membolehkan pemain berlatih.
“Ia (serangan Covid-19) cadangan pembatalan liga) impak besar kepada semua kelab profesional bertahap tinggi.
“Liga Erevidisie berharap segala perlawanan tergantung dapat dimulakan semula tetapi kita tahu ia sukar untuk dilakukan dan Perdana Menteri menegaskan tidak adil aktiviti sukan diteruskan tanpa pengunjung,” kata wartawan bola sepak Belanda, Marcel Van Der Kraan kepada BBC.- MalaysiaGazette