KUALA LUMPUR – Diplomasi sains antara lain adalah untuk memastikan Malaysia berada dalam kedudukan terbaik untuk menjadi di antara negara terawal yang mempunyai akses kepada vaksin Covid-19 apabila ia terhasil kelak, kata Khairy Jamaluddin Abu Bakar.
Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, beberapa negara telah dikenal pasti akan menjadi tumpuan utama dalam diplomasi sains ini memandangkan negara-negara tersebut telah mencapai tahap yang lebih ke hadapan dalam pembangunan vaksin Covid-19.
“Namun begitu, Malaysia akan terus juga menerokai peluang diplomasi sains dengan negara-negara yang lain memandangkan buat masa ini tiada lagi vaksin yang benar-benar berkesan dalam mengubati Covid-19.
“Diharapkan usaha-usaha yang akan dijalankan ini mampu memberikan hasil yang memberangsangkan dalam usaha negara memerangi wabak Covid-19 ini,” katanya dalam status media sosialnya hari ini.
Semalam, katanya, suatu mesyuarat di antara kementerian diterajuinya, Kementerian Luar Negeri dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah diadakan bagi membincangkan tentang potensi pendekatan ‘diplomasi sains’ antara Malaysia dengan negara-negara yang sedang membangunkan vaksin Covid-19.- MalaysiaGazette
Tak mau bangunkan industri vaksin sendiri ke.. kaki komen ramai kat covit ni tanya lh buah pk dia org…
Cars pemikiran YB KJ sangat tonggi dan jaih kehadapan