PUTRAJAYA – Memalukan, begitulah ungkapan yang boleh digambarkan apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari masih gagal menyalurkan bantuan Covid-19 kepada rakyat khususnya dalam kawasan pembangkang.
Sebaliknya Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa pula mengambil inisiatif mendengar keluhan rakyat yang diabaikan kerajaan negeri susulan keputusan bekalan keperluan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
“Buat setakat ini beliau belum ada memberi apa-apa bantuan khusus. Namun beliau sedia mendengar permasalahan kami.
“Mungkin beliau ada kaedah selepas ini untuk membantu kami di Selangor, lebih-lebih lagi ketika kita menghadapi Covid-19,” katanya Ketua Pembangkang Selangor, Rizam Ismail kepada MalaysiaGazette hari ini.
Meskipun tempoh PKP sudah masuk fasa ketiga namun bantuan Covid-19 masih tidak kunjung tiba di kawasan pembangkang walaupun peruntukan itu diserahkan kepada penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN).
Perkara itu banyak kali disuarakan oleh wakil-wakil rakyat Barisan Nasional (BN) yang tidak berdalih membantu rakyat walaupun tidak mendapat peruntukan Pakej Rangsang Prihatin Covid-19 yang diumumkan Amirudin sebelum ini.
Sebaliknya, peruntukan khas Covid-19 itu diserahkan kepada penyelaras Dun daripada pemimpin PH Selangor, tanpa membabitkan wakil rakyat pembangkang dari segi koordinasi agihan bantuan.
Rizam juga melahirkan penghargaan kepada menteri Kabinet itu kerana mengambil inisiatif untuk membantu ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang dalam membendung penularan Covid-19 di Selangor.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Wilayah Persekutuan atas kesudian berjumpa dengan semua ADUN BN di Selangor.
“Menteri sempat bertanya khabar ADUN-ADUN di Selangor ini, jadi saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan beliau untuk bertemu dengan kami pada petang ini,” katanya lagi. – MalaysiaGazette
Dana kerajaan pusat bukan hak parti politik.
Berbilion dana yg diperuntukan harus dikembalikan sepenuhnya kepada rakyat.
Sampau bila lah Melayu nak terus berpolitik. Sudah2lah berpolitik. Jalankan tanggungjawab anda dan berbaktilah kepada rakyat – kerana kamu akan disoal di akhirat kelak.
قُلِ الْحَقَّ وَإِنْ كَانَ مُرًّا
“Katakan kebenaran, sekalipun itu pahit”.
Beberapa surah yg Allah bagi peringatan kepada orang-orang yg khinat :
1. Surah AlHajj. Ayat 038.
Sesungguhnya Allah membela orang-orang yang beriman; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap seorang yang khianat, lagi tidak bersyukur.
2. Surah AnNisaa’. Ayat 107.
Dan janganlah engkau berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati diri mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang selalu melakukan khianat, lagi sentiasa berdosa.
3. Surah Yusuf. Ayat 106.
Dan (orang-orang yang beriman kepada Allah), kebanyakan mereka tidak beriman kepada Allah melainkan mereka mempersekutukannya juga dengan yang lain.
4. Surah AlAnfaal. Ayat 058.
Dan jika engkau mengetahui adanya perbuatan khianat dari sesuatu kaum (yang mengikat perjanjian setia denganmu) maka campakkanlah (perjanjian itu) kepada mereka dengan cara terus terang dan adil. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang khianat.
5..Surah AlAnfaal. Ayat 027.
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).
6. Surah AnNisaa’. Ayat 105.
Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu (melalui wahyuNya) dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orang-orang yang khianat.
7. Surah Ali’Imran. Ayat 057.
Adapun orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal soleh, maka Allah akan menyempurnakan pahala mereka dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim.
8. Surah AlAnfaal. Ayat 071.
Dan jika mereka (orang-orang tawanan itu) bertujuan hendak melakukan khianat kepadamu, maka sesungguhnya mereka telahpun melakukan khianat kepada Allah (dengan kekufuran mereka) sebelum itu, lalu Allah menjadikan (engkau) mengalahkan dan menundukkan mereka; kerana Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.
9. Surah Ali’Imran. Ayat 161.
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang) dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), dia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
10. Surah Ali’Imran. Ayat 032.
Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya. Oleh itu jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang kafir.
*Seharusnya sesiapapun yang dijulang selaku pemimpin perlu insaf perihal peringatan Rasulullah SAW yang bermaksud: “Apabila Allah menghimpunkan manusia yang terdahulu dan yang kemudian pada hari kiamat, tiap-tiap orang yang khianat akan diangkat satu panji-panji yang boleh dikenali ramai. Dikatakan kepadanya, Inilah pengkhianatan pulan bin pulan…”* (Hadis riwayat Imam Muslim)
Jika rakyat tidak mampu menghalang pemimpin yang melakukan khianat, maka lakukan lah dengan membenci mereka@bukan menyokong, kerana kerja yg mereka lakukan itu adalah bersifat Fasiq.
(Tuan Guru Nik Abdul Aziz)
Haram gajinya bila YB yg dipilih rakyat melompat keparti lain.
(YB Uztad Nasruddin Tantawi@ulama pas)
#janganjemuuntukberiperingatan.