MOSCOW – Rusia akan menggantung sementara waktu pengusiran warga asing untuk tempoh dua bulan akan datang berikutan penularan wabak koronavirus, kata Menteri Dalam Negerinya.
Presiden Vladimir Putin menandatangani arahan tersebut pada hujung minggu lalu yang melarang pihak berkuasa mengusir migran dan menafikan mereka mendapatkan status pelarian dan suaka antara 15 Mac hingga 15 Jun, lapor Moscow Times.
Tindakan tersebut juga secara automatik memanjangkan tempoh visa dan permit residen sementara lain yang tamat selepas 15 Mac hingga 15 Jun ini ketika penularan Covid-19 telah menjejaskan perjalanan antarabangsa dan menyebabkan warga asing terkandas di Rusia.
“Semasa tempoh ini, tiada perbincangan akan dilakukan berhubung penghantaran pulang, pengusiran atau pengisytiharan warga asing duduk (di Rusia) yang tidak diingini, kata Ketua Penghijrahan Kementerian Dalam Negeri, Valentina Kazakova.
“Dokumen yang mereka ada tidak akan dibatalkan,” kata Kazakova dalam laman sesawang kementerian itu.
Kazakova mengunjurkan lebih 320,000 migran telah melanjutkan visa, permit kerja dan status migran mereka semasa kawalan pergerakan dilaksanakan bagi mengurangkan penularan Covid-19.
Pada bulan lalu, Rusia melarang warga asing memasuki negara itu sehingga 1 Mei ini. – Agensi