KUALA LUMPUR – Penyanyi dan pelakon Bella Astillah, mengesahkan dia kini berbadan dua dan sudah rujuk semula dengan suaminya, Aliff Aziz.
Perkara itu dikongsikan wanita berusia 26 tahun itu menerusi balasan komen kepada pengikutnya di Instagram berhubung hal itu.
“Alhamdullilah, dalam masa edah lagi, jadi tidak perlu kahwin semula,” katanya menjawab soalan sama ada dia dan Aliff sudah bernikah semula.
Ketika tanya soalan berbadan dua, Bella sekadar menjawab pendek dan mengiyakannya.
“Ya saya,” jawabnya.
Apapun, Bella meminta semua pengikutnya terus mendoakan supaya keputusan diambil itu adalah yang terbaik. Dia akui banyak belajar daripada pengalaman lalu.
“Kenangan pahit tapi menjadi pengajaran hebat buat semua. Terima kasih atas doa kamu,” katanya.
Pada Februari lalu, Bella mendedahkan dia sedia berkongsi mengenai hubungannya dengan Aliff secara terbuka apabila tiba masanya nanti.
Pada Mei tahun lalu, pasangan terbabit bercerai selepas penyanyi lagu Sayang Sayang itu curang dengan beberapa wanita berbeza.
Bella dan Aliff mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamad Ayden Adrean yang kini berusia tiga tahun. – MalaysiaGazette