KUALA LUMPUR – Presiden Pas mahu semua pihak melihat isu melibatkan pelarian etnik Rohingya dari sudut menyeluruh, bukan secara serpihan.
Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dunia pernah menghadapi isu Palestin, Kashmir, Bosnia dan lain-lain, bukan sahaja Rohingya yang mencetuskan krisis antarabangsa yang tidak ditangani secara konsisten.
“Keadaan begitu berlaku apabila ia tidak dipandang dari sudut hak beragama, hak berperikemanusiaan dan hak berpolitik yang tidak boleh dilihat dari aspek pelarian semata-mata.
“Dahulunya, isu Palestin yang tidak selesai sehingga hari ini, walaupun puncanya sangat zalim apabila tanah air dirampas daripada penduduk asal bagi menubuhkan negara haram Yahudi yang sudah hilang dalam lipatan sejarah.
“Namun, kuasa besar dunia yang dipengaruhi politik Zionis bertindak menjelmakannya semula bagi melaksanakan agenda impian Zionis yang sangat zalim,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Beliau berkata, tindakan itu telah mencetuskan krisis pelarian yang berlarutan dan belum selesai, di samping meneruskan kezaliman berlesen daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap rakyat Palestin sehingga kini.
Begitu juga isu Kashmir yang terus berlarutan tanpa mempedulikan kepada Resolusi PBB supaya diadakan referendum bagi menuntut hak majoriti rakyat, tetapi dinafikan dengan keras dan kejam tanpa dipedulikan, kemungkinan kerana mereka penganut Islam.
“Isu Bosnia pula terpaksa diselesaikan apabila menghadapi kekalahan kerana keberanian rakyatnya yang berjuang, tetapi dibelenggu dengan syarat-syarat ditetapkan oleh perjanjian yang menetapkan dasar sekular bagi menghalang kebangkitan politik Islam di Eropah.
“Arakan adalah wilayah kaum muslimin Rohingya sejak beberapa abad yang lalu menjadi penduduk asal menganut Islam. Hak beragama adalah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa, tetapi dinafikan kepada mereka, termasuk hak berpolitik di bumi tempat mereka dilahirkan dan berpijak,” katanya.
Kata Abdul Hadi, Islam mengajar penganutnya melindungi mangsa kezaliman tanpa batas agama, bangsa dan warna kulit, sebelum wujudnya piagam antarabangsa.
Berdasarkan realiti tersebut, kata beliau, sepatutnya masyarakat antarabangsa tidak boleh membiarkan sahaja kelakuan kerajaan Myanmar yang menyekat hak beragama dan berpolitik kepada rakyatnya sendiri di tanah air.
“Langkah sebenar adalah menghalang penghapusan etnik dan tindakan memaksa rakyat Rohingya kerana faktor agama dan kaum, bukan menghalalkan tindakan Myanmar dengan membuka pintu untuk terus dihalau dan dijadikan pelarian secara terbuka seolah memudahkan tindakan yang salah itu.
“Menerima pendatang adalah tindakan kemanusiaan sementara dan terhad yang wajib ditanggung secara bersama oleh masyarakat antarabangsa mengikut piagam antarabangsa, bukan negara Malaysia sahaja,” katanya. – MalaysiaGazette
Keseluruhannya pengotor. Selayang tu dah jadi Rakhine 2. Busuk. Kotor. Itu fakta! Mungkin Tuan Guru boleh ke sana duduk dengan mereka untuk memahami itu mentaliti keseluruhan ataupun serpihan. Daripada memperjuangkan bangsa asing, baik memperjuangkan rakyat Malaysia sendiri Melayu, Cina, India, Orang Asal, tak kurang yang memerlukan bantuan & tersepit dalam kehidupan. Hilang kerja kepada bangsa asing, yang ada permit serta PATI. Yang PATI2 tanpa permit tu tak kira dari negara mana atau agama apa sekalipun sila hantar balik ke negara asal.
Kami tak mahu seluruh Malaysia jadi seperti Selayang…kami mahu hidup tanpa ada PATI dan pelarian…jangan jadi seperti Sabah PATI pelarian dah banyak tak terkawal
Terbaik Dato Tuan Guru,
banyak langkah2 lain yang perlu di ambil kira,
menghalalkan penempatan pelarian adalah menyokong keganasan terhadap mereka,namun menghentikan keganasan yang terus berlaku terhadap mereka adalah
kewajipan,membantu pelarian atas dasar kemanusian memang digalakkan,
namun harus difikir,sampai bila masalah pelarian akan berlarutan??