Polis menumpaskan satu sindiket judi haram dalam talian yang beroperasi sejak 20 Februari lalu dengan tertangkapnya 12 suspek warga China termasuk dua wanita yang masing-masing diupah sebanyak RM13,000 sebulan.
Bertindak atas maklumat, Unit Risikan dan Operasi Jenayah Komersial Daerah Petaling Jaya bersama pegawai kanan pakar judi D7 Bukit Aman telah menyerbu sebuah unit Kondominium di Seventeen Mall & Residences, Seksyen 17 semalam.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, hasil serbuan pukul 5.30 petang, polis berjaya menahan seramai lapan lelaki warga negara China.