KUALA LUMPUR – Pelakon, Sharnaaz Ahmad terkejut apabila terpaksa membayar kos penghantaran sebanyak RM17 dari Taman Tun Dr Ismail (TTDI) ke Mont Kiara.
Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 35, berkata, jarak antara dua lokasi itu hanya lima kilometer sahaja.
Bagaimana dia mengakui tiada niat untuk pertikaikan perkara itu dan sekadar ingin mendapatkan penjelasan tentang pengiraannya.
“Aku tak tahu benda ini sudah ada sebelum ini atau baru sekarang. Anda perasan tak, price delivery agak gila. Beli barang RM5 tapi kos penghantaran RM20. Perjalanan bukan jauh pun. Bukan Mont Kiara ke Kajang.
“Kalau dari TTDI hantar ke Mont Kiara RM20, naik motor, apa benda? Macam yang terjadi pada aku. Dia dari TTDI nak hantar barang dekat aku di Mont Kiara tapi harga penghantaran RM17. Jarak tak sampai lima kilometer.
“Dia nak juga harga itu, kami tiada pilihan. Kalau ada pilihan, aku dah naik motor pergi sendiri. Aku bukan marah, hanya ingin bertanya siapa yang menjaga dan kawal dari segi harga.
“Mereka sudah jalankan kerja yang terbaik sebab jadi frontliner. Cuma, tak tahu pengurusan macam mana yang buat sesuatu benda dah jadi tekanan kepada rakyat,” kata Sharnaaz.
Pelakon drama Aku Bukan Bidadari itu berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya.
Dalam pada itu, Sharnaaz memberitahu tujuan dia menyuarakan perkara itu hanya untuk mendapatkan penjelasan daripada mana-mana pihak yang sepatutnya.
“Aku bukan saja nak buat video ini dan tak tahu betul atau akan kena kecam semula. Tapi aku cakap bagi pihak aku sendiri dan tak ada kena mengena dengan sesiapa. Kalau benda ini salah, aku minta maaf.
“Bagi aku, memang tak berapa cantik la. Harga macam mana kira? Terlampau mahal. Medium yang kami gunakan sedang dicemari dan disalah guna kuasa. Kalau saya silap, kita boleh bincang.
“Aku hanya ingin menyuarakan untuk mendapatkan penjelasan. Mungkin aku tak dijelaskan selama ini. Kalau aku bodoh, aku minta maaf. Aku boleh mengaku diri bodoh. Kalau aku tak diajar mengenai perkara ini, korang boleh tolong ajarkan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Barang apa yg kau beli? Kalau barang itu perlukan penghantar utk mencari di satu2 kawasan dn perlukan masa utk memilih dan mencari,memang patutlah harga tu.. kena kira sekali upah mencari dan memilih penghantar makanan tu,tapi kalau setakat hanya perlu ambil dan terus hantar shj.. hmm.. mmg perlu di bincangkan.
Nak murah ko hantar sendirilah, banyak sangat cekadak mangkok ni!!