Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) hari ini menyumbangkan sejumlah 800 bungkusan barang keperluan asas kepada anggota keselamatan negara.
Pengerusi Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Dr. Mohd Daud Bakar berkata, sumbangan itu merupakan sebahagian daripada Program Foodbank YaPEIM dan Program Inspirasi Musa’adah Ramadan YaPEIM.