Sebahagian daripada pekerja asing yang membuat pemeriksaan kesihatan bagi membendung penularan wabak Covid-19 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan di Pasar Borong Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 24 MAC 2020.

SEBUAH portal berita atas talian ada memetik bahawa wakil daripada Persatuan Pemborong Ikan Kuala Lumpur, meminta agar kerajaan ‘mengizinkan’ mereka untuk mengambil pekerja
imigran tanpa dokumen. Dalam artikel yang sama, individu terbabit juga juga mengakui bahawa isu tenaga kerja adalah isu kontroversi di mana 90 peratus daripada pekerja yang digaji pemborong ikan adalah pekerja tanpa dokumen yang sah. Tambahan pula, antara alasan yang diberikan adalah kerja yang dilakukan adalah termasuk dalam sektor 3D iaitu bahaya, kotor dan sukar.

Adalah membimbangkan apabila wakil Persatuan Pemborong Ikan ini secara terbuka memohon agar kerajaan untuk membenarkan mereka untuk mengambil pekerja tanpa dokumen untuk bekerja dengan mereka. Ini secara jelas bertentangan dengan undang-
undang dan akta yang telah sedia ada dan diguna pakai di negara ini. Benar, kita sekarang dalam keadaan yang agak mendesak, namun tidak bermakna undang-undang negara perlu diketepikan. Pekerja asing diwajibkan untuk memiliki dokumen yang sah sebelum dibenarkan bekerja, itu adalah fakta yang nyata dan jelas. Ianya bukan sekadar kerenah birokrasi, ianya bertujuan untuk menjaga kepentingan pekerja, majikan dan negara.

Dokumentasi yang sah akan membolehkan identiti pekerja disimpan dalam rekod Kementerian Sumber Manusia dan agensi-agensi berkaitan. Ini memudahkan kerajaan untuk memastikan keselamatan, kebajikan dan hak asasi pekerja dipatuhi dan tidak dicabuli. Disamping itu, majikan jugak akan dilindungi daripada terdedah kepada sebarang risiko kesihatan, jenayah dan lain-lain. Individu yang memohon untuk bekerja dapat dipastikan tiada rekod jenayah dan juga dipastikan mempunyai keupayaan dan status kesihatan yang bersesuaian dengan skop kerja yang dijalankan.

Membenarkan pekerja asing tanpa dokumen sah bekerja adalah umpama memberi insentif secara langsung kepada penjenayah pemerdagangan manusia untuk terus membawa masuk imigran dari negara jiran, mendedahkan mereka kepada risiko terhadap nyawa masing-masing dan pada masa yang sama penjenayah ini dapat mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Dalam keadaan negara yang masih lagi dibelenggu wabak Covid-19, mempunyai warga imigran yang berdaftar memudahkan proses ‘contact tracing’ dan ini akan memastikan kita terus dapat mengekang wabak ini daripada terus menular. Undang-undang
sedia ada perlu dipatuhi walaupun kita dalam krisis. Memberikan kelonggaran kepada pihak pemborong ikan, dalam kes ini, akan boleh membawa kesan yang mudarat kepada ekonomi, sosial dan kesihatan umum. Ianya juga akan mendorong sektor lain untuk membuat desakan yang sama.

Artikel tersebut juga memetik kenyataan wakil Pemborong Ikan Kuala Lumpur yang telah berulang-kali cuba untuk mendapatkan penyelesaian daripada Kementerian Sumber Manusia dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sepanjang dua tahun yang lepas, malangnya mereka menemui jalan buntu. Kenyataan ini, jika benar, menunjukkan bahawa ada ruang vakum di antara pembuat dasar dengan rakyat. Adakah kerajaan telah dengan secara serius cuba untuk menyelesaikan masalah ini? Kenapa setelah 2 tahun, perkara ini masih belum diselesaikan? Kenapa dibiarkan 90% daripada tenaga kerja yang digaji oleh pemborong-pemborong ikan ini tidak mempunyai dokumen yang sah?

Persoalan di atas mungkin lebih sesuai diajukan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang telah diberikan peluang memerintah negara selama hampir 2 tahun. Namun, ini bukan masa untuk menuding jari sahaja, kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah teraju Tan Sri Muhyiddin Yasin perlu cakna dan agar dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin. Jika boleh, biarlah kerja-kerja kosong ini diisi oleh tenaga kerja tempatan dan tidak
mengharapkan pekerja asing sahaja. Selain itu, perhatian juga harus diberikan kepada keselamatan di tempat kerja juga. Keadaan tempat kerja yang baik dan selamat akan menjadi insentif kepada tenaga kerja tempatan untuk terlibat dalam sektor ini. Tiada pekerja, tempatan mahupun warga asing, patut dibiarkan mengangkat kotak ikan seberat 200kg, ataupun bekerja dalam keadaan yang terlalu busuk.

Semoga kerajaan Perikatan Nasional dapat mengambil inisiatif segera supaya bekalan ikan segar kepada rakyat tidak terputus, dan secara tidak langsung menjadikan usaha memulihkan ekonomi negara bermula daripada pasar-pasar dan gerai-gerai kerana di tempat inilah rakyat kita berbelanja dan menjalankan urus niaga.

Shahir Adnan
Ketua Dewan Pemuda IKATAN Malaysia (DPIM)
Parti IKATAN Bangsa Malaysia merangkap
Naib Pengerusi IKATAN Kelantan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Maybe kerajaan tak layan permohonan Perst Pemborong utk ‘halal’kan pendatang tanpa izin adalah sebab tak nak strategi ni jadi kebiasaan kelak. Masuk ja dulu nti boleh lulus. Lebih parah masalah nanti.
    Tp kenapa pulak pendatang suka dtg tanpa izin dan pemborong pun suka ambil yg tak diizin? Sebab faktor duit laa. Semua pakat nak kaya cepat. Benda boleh mudah, disukarkan proses sebab ada pihak nak buat bisnes, pborong lak nak bayar murah, pdtg asing xnak bayar agen.. last2 jadi la cendol

  2. Kenapa masa covit boleh pulon sume yg ada kat situ.. bila masa lain emmm payah nk ckp.. bukan satu pasar, bnyak lagi pasar yg mcm ni.. so PN , pak menteri .. what wud u say about this, we’re watching…

Comments are closed.