WASHINGTON – Amerika Syarikat tidak melihat kelibat pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di mana-mana dan sedang memerhatikan laporan mengenai kesihatannya.
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Mike Pompeo berkata, terdapat risiko kebuluran di negara tersebut di tengah-tengah penularan wabak koronavirus.
Media Korea Utara setakat ini tidak melaporkan tentang keberadaan Kim sejak kali beliau kelihatan di khalayak awam pada 11 April lalu.
‘Kehilangan’ Kim menimbulkan spekulasi tentang kesihatannya dan menimbulkan kebimbangan mengenai ketidakstabilan di negara bersenjata nuklear yang boleh mempengaruhi negara-negara Asia Utara dan Amerika Syarikat.
“Kami tidak melihatnya. Kami tidak mempunyai maklumat untuk dilaporkan hari ini, kami memerhatikannya dengan teliti,” kata Pompeo kepada Fox News setelah ditanya mengenai laporan mengenai kesihatan Kim.
Pompeo mengatakan Amerika Syarikat juga memantau situasi secara lebih luas di Korea Utara, yang terletak bersempadan dengan China.
“Ada risiko nyata bahawa akan ada berlaku kebuluran akibat kekurangan makanan di Korea Utara.
“Kami mengawasi setiap hal tersebut dengan teliti, kerana mereka mempunyai kesan nyata dalam misi kami, yang akhirnya akan merealisasikan usaha membanteras penggunaan senjata nuklear di Korea Utara,” katanya.
Korea Selatan dan Amerika Syarikat mendakwa Kim mungkin berada di resort Wonson bagi mengelak dijangkiti wabak Covid-19 dan skeptikal tentang laporan media kemungkinan Kim mengalami masalah kesihatan serius.
Namun, mereka mengingatkan bahawa kesihatan dan lokasi Kim adalah rahsia yang dijaga dengan ketat dan maklumat sukar diperoleh dari Korea Utara.
Pada hari Sabtu, sebuah projek pemantauan Korea Utara yang berpangkalan di AS, 38 North, mengatakan gambar satelit menunjukkan kereta api peribadi Kim diparkir di stesen yang dikhaskan untuk penggunaannya di Wonsan pada 21 dan 23 April.
Imej terbaharu yang diambil pada hari Rabu menunjukkan kereta api itu masih pada kedudukan sama.
Tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ia berada pada kedudukan sama sejak minggu lalu.
Pada hari Selasa, satu lagi laman web pemantau Korea Utara, NK PRO, melaporkan satelit komersial menunjukkan kereta api digunakan oleh Kim bergerak menunjukkan beliau atau rombongannya mungkin berada di daerah Wonsan.
38 North mengatakan dalam gambar baharunya, kereta api itu menunjukkan ia akan bergerak nampaknya tidak siap untuk berlepas kerana enjinnya tidak lagi dapat dilihat diparkir.
Dikatakan kehadiran kereta api tidak membuktikan kehadiran Kim, tetapi stesen itu dikhaskan untuk penggunaan eksklusif keluarga Kim, “memberi banyak laporan bahawa Kim telah tinggal di daerah Wonsan.”
Pompeo berkata, AS akan terus memberi fokus kepada usaha menangani penggunaan nuklear di sana tidak kira apa pun yang berlaku. – MalaysiaGazette