Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menonton Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja 2020 di Balai Bomba Kota Raja, Klang. foto AFIQ RAZALI, 01 MEI 2020

KUALA LUMPUR – Perjalanan rentas negeri untuk balik ke kampung semasa cuti perayaan Aidilfitri tidak dibenarkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas sempena Hari Pekerja yang disiarkan secara langsung hari ini.

“Perjalanan rentas sempadan negeri juga tidak dibenarkan kecuali untuk tujuan hadir bekerja dan pulang semula ke rumah sendiri setelah terkandas di kampung atau di tempat-tempat lain,” katanya.

Umat Islam bakal menyambut hari raya Aidilfitri tiga minggu agi.

Turut tidak dibenarkan majlis-majlis sosial, kemasyarakatan dan kebudayaan yang melibatkan perhimpunan ramai seperti kenduri, rumah terbuka, majlis berbuka puasa beramai-ramai, konsert, persembahan kebudayaan, perhimpunan bulanan jabatan kerajaan dan swasta serta semua bentuk majlis perasmian dan perhimpunan.

“Aktiviti kegamaan seperti perarakan keagamaan, solat Jumaat dan semua aktiviti berjemaah atau berhimpun di masjid, surau dan rumah-rumah ibadat juga tidak dibenarkan,” kata Muhyiddin.

Dalam perutusan tersebut Perdana Menteri turut mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mana hampir semua sektor ekonomi dibenarkan beroperasi mulai 4 Mei ini. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. bodoh betul la..
    rentas negeri kejap boleh kejap xboleh,
    xpaham btul aku kepala otak org2 politik nie,
    asyik ikut ckp org2 yg pentingkan diri sendiri jek

  2. Okaylah demi kesejahteraan berterusan pada masa depan. Kita korban hariraya dan sedikit kebebasan demi menghapuskan terus Covid19. Doakan yang terbaik untuk rakyat dan negara.

Comments are closed.