Jens Lehmann

LONDON – Penjaga gol Arsenal, Jens Lehmann mengesahkan dia kini bebas daripada jangkitan Covid-19 namun berkongsi pengalaman menghidap selesema paling teruk dalam hidupnya ketika positif wabak berkenaan.

Menurut laporan TalkSport, Lehmann yang merupakan sebahagian daripada skuad Invicibles Arsenal 2003/2004 mendedahkan dia sah dijangkiti koronavirus pada Mac lalu.

“Saya disah positif pada pertengahan Mac lalu dan keadaan begitu apabila mengalami batuk dan demam pada waktu yang sama.

“Selepas menjalani sesi kuarantin selama dua minggu, pegawai kesihatan mengesahkan saya telah sembuh daripada wabak tersebut,” ujar penjaga gol berusia 50 tahun itu.

Saingan Bundesliga bakal bersambung semula pada 9 Mei ini dengan kesemua perlawanan bakal dilangsungkan tanpa kehadiran penyokong.

Sementara itu, Lehmann berpadangan penonton boleh hadir ke stadium tetapi dalam bilangan yang terhad. – MalaysiaGazette