Dr Mizan Mohammad Aslam

KUALA LUMPUR – Usaha untuk menyekat kemasukan pelarian etnik Rohingya dilihat bukan mudah kerana aktiviti ‘perniagaan’ yang wujud di sebalik itu dipercayai meraih RM100 juta hingga RM150 juta setahun.

Berdasarkan penyelidikan dan maklumat pelbagai pihak, Pakar Kajian Strategik dan Anti Keganasan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Professor Madya Dr Mizan Mohammad Aslam berkata ramai terlepas pandang kemasukan etnik Rohingya sebagai satu industri penyeludupan manusia yang amat menguntungkan pihak tertentu.

Menurut data-data yang dikumpul dari SUHAKAM, UNHCR dan Human Right Watch dianggarkan 200,000 pelarian Rohingya keluar dari Myanmar antara tahun 2012 hingga 2019.

Katanya, mereka menaiki bot menghala ke selatan menuju Malaysia. Sasaran utama mereka adalah Malaysia, akan tetapi Thailand dan Indonesia juga menjadi pilihan jika terpaksa.

Malah pelayaran mereka ini seperti mengikut tiupan angin, jika angin tolak ke kanan maka tiba di Acheh, jika angin tolak ke kiri maka tiba di Thailand, begitulah sangat mudahnya dan dekat sekali perjalanan etnik Rohingya ini menuju ke Malaysia.

“Bagaimanapun sebahagian besarnya memilih Malaysia kerana lebih banyak peluang dan saudara mara mereka yang telah bertapak di sini.

“sebagaimana yang dianggarkan oleh badan-badan pemantau luar, lebih kurang 10,000 etnik Rohingya tiba di negara ini setahun, bagaimanapun dalam satu bot terdapat juga 20 peratus daripadanya warga Bangladesh dan Myanmar yang tumpang sekali dan mengakui mereka adalah etnik Rohingya.

“Hasil maklumat risikan, rombongan ini dipercayai membayar RM10,000 hingga RM15,000 kepada sindiket malah kosnya mungkin mencecah RM20,000 kerana mereka perlu melepasi beberapa sindiket seperti di Myanmar, Thailand untuk tiba ke negara ini dan setelah tiba masih ada pembayaran kepada sindiket di Malaysia.

“Mengikut maklumat, sebanyak 90 peratus pekerja sektor 3D di pasar borong Selayang adalah PATI yang mejoritinya merupakan etnik Rohingya dan Bangladesh, ini membuktikan adanya permintaan pasaran yang tinggi dari dalam pasar itu sendiri,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Tambah Dr Mizan, daripada maklumat yang diterima sindiket penyeludupan ini juga merekrut ejen di dalam kem-kem pelarian untuk membawa mereka keluar dari Myanmar.

“Jika ada yang tidak mampu, saudara atau kawan mereka yang sudah lama bertapak di Malaysia akan menghantar sejumlah wang sebagai pinjaman kepada mereka dan perlu dibayar dengan potongan gaji setelah berada di negara ini.

“Lebih menyedihkan kerana ia satu perniagaan, dipercayai wujud pembabitan tentera, penguatkuasa laut dan kedutaan di Myanmar, Bangladesh, Thailand serta penguatkuasa di negara ini yang memberi laluan kepada mereka keluar ke laut besar dan masuk ke negara ini.

“Jadi tidak hairanlah bagaimana data 200,000 telah keluar dari negara itu sebagai pelarian di Malaysia.

“Tambahan pula bersempena bulan Ramadhan, kemasukan biasanya dilakukan pada waktu hampir untuk berbuka puasa kerana ketika itu umat Islam fokus untuk berbuka,” katanya.

Gelagat kanak-kanak bangsa Rohingya ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pasar Borong Kuala Lumpur, Selayang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 20 MAC 2020.

Dalam pada itu, Dr Mizan memberitahu, lebih membimbangkan warga Bangladesh dan Myanmar yang menyertai rombongan pelarian itu turut mendakwa mereka adalah pelarian ketika membuat permohonan kepada UNHCR.

“Pihak UNHCR pula mempunyai kekangan semakan data kerana kebanyakan pemohon mendakwa dokumen status mereka musnah dalam kebakaran dan kekejaman yang dilakukan pihak junta tentera Myanmar.

“Bagaimanapun ada di antara mereka berani mengemukakan dokumen palsu seperti sijil kelahiran, sijil peperiksaan, sijil berhenti sekolah dan lain-lain yang dibekalkan oleh sindiket di Myanmar.

“Saya pernah bertanya pengalaman seorang pelarian Rohingya yang mengakui dia menaiki bot ketika tiba di negara ini tetapi pulang semula ke sana menaiki kapal terbang, bermakna ada sindiket yang mempunyai akses dengan pihak kedutaan mengeluarkan pas pelepasan Imigresen bagi perjalanan sehala untuknya,” katanya.

Sehubungan itu, Dr Mizan mencadangkan kerajaan melakukan penegasan untuk memutuskan rantaian kegiatan penyeludupan dan pemerdagangan warga asing ke negara ini.

“Ambil iktibar insiden di Wang Kelian, tiada keputusan yang berani menyebabkan kegiatan itu masih berlaku hingga ke hari ini.

“Sedar atau tidak pelarian Rohingya sebenarnya dipergunakan sindiket untuk menghalalkan jenayah penyeludupan dan pemerdagangan manusia ke atas mereka.

“Sebenarnya kerajaan Myanmar juga ada menyediakan penempatan relokasi kepada Rohingya dan juga menyediakan platform untuk pendaftaran di kem-kem yang disediakan akan tetapi mereka enggan kerana dorongan datang ke Malaysia lebih banyak.

“Boleh dikatakan hampir semua pelarian yang datang ke negara ini tidak mempunyai niat untuk pulang ke tanah air malah dikukuhkan dengan pelbagai pertubuhan untuk membela nasib mereka sudah wujud di negara ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

10 Komen

  1. Harap pihak kerajaan tubuh siasatan di raja, agar perkara ini dapt di sekat..melalui kajian dr unimap, amat berbahaya skiranya perkara ini tidak dpt di sekat, bg pihak pguakuasa yg terlibat di ambil tindakan tegas pjara n buang kerja..mnusia mcn ini, bolh mhncurkan ngra..

  2. Harap kisah ini sentiasa dipaparkan… Kita kena pastikan Rohingya dihantar semula kembali ke tempat asal mereka..

    Tindakan segera… Hapuskan terus sindiket… Jangan busukkan nama Malaysia sebagai pusat pemerdagangan manusia… jijik tu… Hapuskan juga pengkhianat negara yang membenarkan diorg masuk… Pengkhianat negara wajib dihapuskan dari Malaysia.

  3. Sindiket yang mengendalikan “pernigaan manusia” ini sangat kuat dari segi kewangan. Mereka ada rangkaian yang luas termasuk VVIP negara. Mereka ada organisasi pengurusan yang teratur lengkap dengan PRO yang tersohor. Kemampuan merasuah mereka tidak terhad. Mereka juga mempunyai kumpulan gangster bersenjata yang mampu bertindak ganas jika perlu.

  4. Kalau perkara ini tidak di bendung dr skrg tidak mustahil suatu hari nnti rkyt malaysia amnya org melayu sendiri akan hancur di bumi sendiri gara2 lambakan pendatang haram rohingya yg mbanjiri negara.. Sedikit jadi kawan kalau dah byk blambak lambak dlm negara nnti tetap jadi lawan ..Kerajaan malaysia jgn fikir rohingya itu sama agama islam dgn kamu aja terus kau peluk cium2 last2 nnti melayu islam malaysia sendiri yg mampos di terajang pendatang asing rohingya..

  5. Setuju…kerajaan kena bertindak tegas setegasnya utk penularan wabak kemasukan pendatang asing ni…seperti tegasnya utk putuskan rangkaian covid 19

  6. Pihak brwajib tlonglh bkk mte…sye prcaye mereka bkn skdar plaruan ttpi ad sindiket pmerdgangn mnusia d sebliknya….dktakn wktu brbuka kbnyakn mreka ini mngmbil ksmpatan..jdi d sarankn agar pihak tntera mritim brkawal di perairan kita….bgi mmbnteras sndkit ini..sye dfhmkn jga sdah dsediakn pnmptan mreka ini di negara mreka..soo knpa msih lgi nk mgatakn mereka plarian?????fkirkn lah.

  7. Bagsimana pula dengan orang negara china yang masuk dan tudak dapat dikesan. Kena tanya duta khas china masa PH kerana tahun melawat mslaysia. PM DAN TPM masa tu pun kena disiasat sebab bersubahat.

  8. Sila siasat juga keterlibatan pihak/agensi kerajaan yg terlibat dlm isu pelarian dn juga pemberian kad uhncr tets3but….

  9. Mana pergi duit derma pelarian rohingya yg juta juta ti bknkah itu semya untuk diguna olwh mereka bkn dibiar meteka hidup merimpat. Ngo berkenaan kene bertanggungjwb.

  10. Hancur kan penyeludup dgn penjara saumur hayat…perosak negara tak saharus nya diampun.

Comments are closed.