KUALA LUMPUR – Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bulan April diaktifkan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak selepas harga purata bulanan SMR 20 FOB berada di paras RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang (farmgate) berada di paras RM2.50 sekilogram.
Lembaga Getah Malaysia berkata, pada bulan April 2020, harga purata peringkat ladang bagi cuplump bagi Semenanjung : RM1.65 sekilogram; Sabah (RM1.35) dan Sarawak (RM1.50).
Susulan itu IPG pada bulan ini adalah RM0.85 sekilogram untuk Semenanjung, Sabah (RM1.15) dan Sarawak (RM1).
Para pekebun kecil, kata LGM boleh membuat tuntutan IPG mulai 1 hingga 31 Mei 2020. – MalaysiaGazette