Sebanyak 116 kes pulih Covid-19 dan dibenarkan discaj hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dan dibenarkan discaj dari wad adalah sebanyak 4,326 kes.
Katanya, tiada kes kematian dilaporkan dan jumlah kematian kekal 103 atau 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes. Bagaimanapun beliau berkata, sehingga pukul 12 tengahari hari ini, terdapat 105 kes baharu diterima pihaknya.