KUALA LUMPUR – Peneraju Jakel hari ini memohon maaf susulan kenyataan adiknya, Muzaffar yang telah menyinggung perasaan seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel mendakwa, beliau turut tersinggung, terkesan dan marah dengan keterlanjuran adiknya.

”Tetapi perkara sudah berlalu, segala kesilapan berlaku mungkin salah faham tetapi telah ditambah tokok dengan posting yang tidak berapa tepat.

”Contohnya posting Norlizah yang mengutuk dan memaki hamun orang Melayu kita dan beliau tidak ada kena mengena dengan keluarga Jakel dan rangkaian Jakel.

“Saya sebagai Pengarah Kumpulan mewakili seluruh kakitangan keluarga Jakel ingin memohon seribu kemaafan daripada seluruh rakyat Malaysia khususnya orang Melayu kita yang tersinggung dan berkecil hati dengan kenyataan oleh adik saya.

“Memang tidak ada niat untuk merendah dan menghina orang Melayu kita,” katanya.

Isu ini tercetus selepas kerajaan membenarkan perniagaan-perniagaan memulakan kembali operasi pada 4 Mei ini.

Rentetan daripada itu, Jakel antara perniagaan yang mengumumkan bakal beroperasi semula pada tarikh tersebut.

Namun, ada dalam kalangan orang ramai yang melahirkan rasa tidak senang hati kerana wabak Covid-19 masih belum reda.

Muzaffarjakel menerusi akaun media sosialnya memberi respons akan kebimbangan orang ramai itu dengan membuat kenyataan ”kesian aku dengan orang Melayu”

”SOP tu Bahasa Melayu pun tak pandai baca”.

Mohamad Faroz menambah, reputasi perniagaan Jakel miliknya naik hingga menjadi gedung terkenal dengan sokongan orang Melayu.

“Jadi masakan saya menghina orang Melayu, tidak tergamak, tidak terfikir dek akal fikiran untuk menghina pelanggan kami yang memberi kami rezeki,” ujar beliau lagi.

Muzaffar kemudian meminta maaf atas apa yang berlaku dan mengakui kesalahannya memuat naik posting tersebut.

Dalam mempertahankan dirinya, Muzaffar berkata, apa yang dimaksudkannya ialah ‘tak faham bahasa Melayu ke?.

“Tapi kalau saya explain (jelas) sekarang pun dah terlambat sebab ramai dah pun baca dan salah faham,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

5 Komen

  1. Dia dah mohon maaf tu. …di bulan yg baik ni maafla..pasni X berulang lagi…percayalah InshaAllah

  2. Orang lain pun jual kain bukan dia sorang..

    Pilihan ditangan kita, kita cari Alternatif lain.

  3. Aku Melayu Penanglah. Hang walaupun bukan mamak Penang tapi otak hati hampa sama saja. Aku biasa dengar banyak kali dengan telinga aku sendiri puak hampa kata ” orang Melayu tak reti niaga kita yang pandai”!
    Lagi pula pasal apa hang cakap “Hang tak hina orang Melayu??” Jadi hang tu sapa? India Muslim ?Dan kami yang dok kena sembelih dengan Jakel orang “bangsa Melayu?” Balik kita pada pandangan mamak2 ” kita yang pandai!” Kain tu yang murah tu hampa beli dari kilang geng hampa kat India, walau murah mana sekali pun hampa jual murah lagi harga yang hampa beli dari India. Melayu semua terkena sembelih dgn hampa mamak.

Comments are closed.