KUALA LUMPUR – Sudah tiba masanya kerajaan perlu melaksanakan hukuman maksimum terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kemalangan hingga meragut nyawa orang lain.
Naib Ketua Wiranita Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Ros Hanita Mohamad Basir berkata, hukuman masksima itu mampu menjadi tamparan hebat dan peringatan kepada semua pemandu.
Katanya, Wiranita Putra menyokong kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador semalam apabila mahukan hukuman maksima kenakan terhadap pemandu mabuk hingga menyebabkan kematian kepada orang lain.
“Wiranita Putra Malaysia mengucapkan salam takziah kepada balu dan keluarga Allahyarham Kopral Salwan Mohd Ismail, 31 tahun yang terbunuh dalam kejadian kemalangan kelmarin.
“Wiranita Putra menuntut keadilan agar Allahyarham dibela dan menyokong kenyataan Ketua Polis Negara agar hukuman maksimun dikenakan terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian dilaksanakan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Dalam kejadian awal pagi kelmarin, seorang anggota polis yang sedang bertugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan lebuh raya LEKAS maut dilanggar sebuah kenderaan dipercayai dipandu lelaki mabuk.
Mangsa, Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap oleh Toyota Hilux selepas dilanggar kenderaan itu. – MalaysiaGazette
Undang2 yang tidak adil? Menyebabkan kematian dengan sengaja wajib dihukum mati!
Sudah lama rakyat nak TERMUNTAH dengan pengamal undang2 CAP AYAM!!!
Kerajaaan mesti membuat undang undang .yg lebih keras .kpd pemandu mabuk yg menyebaakan kematian. Penjara 10 thun atau lebih maksima .20thunn