KUALA LUMPUR – Gambar dan video penumpang berhimpit-himpit macam sardin dalam tin dalam tren Keretapi Tanah Melayu (KTMB) semalam cukup ‘menakutkan’ ramai pihak.
Dalam keadaan penularan Covid-19 semakin terkawal, situasi seperti dalam gambar yang tular di media sosial itu menyebabkan kemarahan netizen dan bimbang kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disalahgunakan.
KTMB dalam satu respon kepada netizen menerusi media sosial bertarikh hari ini mengesahkan gambar berkenaan adalah sahih dan memohon maaf atas apa yang berlaku.
‘Set tren yang asal mengalami masalah teknikal dan pihak kami telah gantikan dengan set tren 3 car dan menyebabkan ruang terhad,” katanya menjawab pertanyaan netizen.
Sebelum itu, berdasarkan gambar yang sama, ada pihak mendakwa ia berlaku dalam tren milik Rapid KL namun syarikat berkenaan menafikannya dan menasihati pengguna media sosial supaya tidak mengaitkan mereka dengan berita palsu.
“Rapid KL nafi. Gambar yg tular ini tiada kena mengena dengan perkhidmatan Rapid KL dan tidak berlaku pada tren LRT,” kata kenyataan MyRapid.
Apa sekali pun, sekiranya benar ia berlaku kepada tren KTMB, ia tidak sepatutnya berulang dalam keadaan orang ramai perlu akur kepada penjarakan sosial pada masa ini dan tidak mampu lagi menerima kluster baharu Covid-19 dalam negara.
Mungkin pihak berkuasa termasuk Kementerian Pengangkutan perlu memberi penjelasan mengenai apa yang berlaku.- MalaysiaGazette
pihak Ktbm perlu menempatkan ktangannya atau upah rela utk uruskan penjarakan sosial, kalau tifak lucutkan jawatan ceo ktmb, soal keselamatan dan nyawa orang ramai serta penat lelah barisan depanchingga adavyg polis meninggal masa bertugas, dilanggar simabuk, todak boleh dimain main.
Bukan shj org awam malah organisasi pun boleh di kenakan tindakan mahkamah kerana tak patuh SOP.
Kalau pasaraya atau kedai makan jadi macam ni, cepat2 je penguatkuasa datang halau dan suruh tutup. Kenapa taknak suruh yang ni hentikan operasi dan suruh tutup? Agak2 covid-19 tu faham ke ada masalah itu ini? Kalau tak bokeh ikut sop yang ditetapkan, tak kiralah aoa sekalipun, SURUH BERHENTI DAN TUTUP JE! Jangan ‘senget sebelah’ pasal covid-19 ni.
KTMB perkhidmatan yang tidak pernah berubah, dari dulu sampai sekarang penuh dengan tin sardin bila waktu puncak. Tolong lah sedia kan banyak gerabak atau transformasikan lah perkhidmatan dengan 3 landasan.
This is unacceptable.
Bodoh lah diorg ni..dh tau penuh sesak yg masuk jgk kenapa..bukan cari nahas ke namanya tu..wlpun x ada kwln dri pihak KTMB diri sendiri kenalah ingat dan patuh arahan kerajaan mengenai penjarakkan diri..x kan takut lewat kerja jd alasan utk bersesak begitu..meluat betul lah dgn sikap pentingkan diri sendiri rakyat Malaysia ni…klu dh sakit bkn diri sendiri yg tanggung akibat semua org yg x bersalah pun akan terlibat sama…klu mcmni lah mmg elok LOCKDOWN TERUS SAMPAI UJUNG TAHUN JANGAN BAGI SORANG PUN KELUAR..
Yg perlu di persalahkan pihak ktm n polis bantuan yg menjaga di stsen ktm..di mana polis bntuan?? Kerja gaji buta ke apa, dulu pernah sy complein pasa polis bantuan di stsen ktm tak ada fungsi…duk dlm bilik main phone n org isap rokok di stsen , buat bodoh je…harap pihak berwajid pantau polis bantuan yg tak ada fungsi ni…hrap mklum
Ini lah manusia, apabila skit baru tahu nk pi klinik , tapi tak jaga diri sendiri..rakyat mlysia ni pada tahap yg bodoh bolh di katakan..klu bnda bukan2 kuat sgt bertindak..