Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Maybank mengumumkan pengurangan kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) sebanyak 50 mata asas berkuat kuasa 8 Mei ini susulan penurunan Dasar Asas Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia semalam.

BLR diturunkan kepada 5.65% setahun dari 6.15% setahun manakala BR juga akan diturunkan kepada 2% setahun daripada 2.50% setahun sebelumnya, kata Maybank.

Manakala BFR akan turun ke 5.65% setahun berbanding 6.15% setahun sebelumnya.

Sementara itu, kadar deposit tetap untuk simpanan tetap konvensional dan Islam juga akan turun sebanyak 50 mata asas.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, pengurangan itu adalah satu lagi langkah untuk menyokong ekonomi negara.

“Pengurangan ini adalah langkah lain untuk membantu menyokong pemulihan ekonomi di negara ini dan kami percaya peminjam akan mendapat keuntungan tambahan dalam pembayaran pinjaman atau pembiayaan mereka terutama dalam tempoh yang mencabar ini,” katanya.

CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd juga akan menurunkan kadar BR, simpanan tetap (FD) dan Pendapatan Pulangan Tetap-i sebanyak 0.5%.

Begitu juga dengan semua aktiviti pembiayaan berdasarkan BLR dan asas pembiayaannya (BFR) juga akan dikurangkan sebanyak 0.5%.

BR pada masa ini ialah 3.5% sementara BLR dan BFR, masing-masing adalah 6.35%.

Semua perubahan kadar berkuatkuasa pada 13 Mei ini.

Semalam, BNM mengumumkan pengurangan OPR sebanyak 50 mata asas kepada 2.00 peratus.

Berikutan itu, kadar tertinggi dan terendah OPR masing-masing dikurangkan kepada 2.25 peratus dan 1.75 peratus.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Why BLR & BR lending rates in Malaysia? The BNM must not directly benefit from interest rates. This is what we call the ‘middleman business’ which the government wanted to abolish for all business transactions.

Comments are closed.