MILAN – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo perlu dikuarantin selama dua hari sebaik tiba di sini semalam.
Langkah itu susulanĀ penularan wabak Covid-19 di seluruh dunia dan Itali juga tidak terkecuali juga Itali.
Bintang sensasi berusia 35 tahun itu baharu sahaja menghabiskan masa hampir dua bulan bercuti di kampung halamannya di Madeira, Portugal.
Goal melaporkan, Ronaldo pulang selepas Kerajaan ItaliĀ memberikan keizinan kepada kelab bola sepak Serie A bagi menyambung sesi latihan bermula 4 Mei lalu.
Perkembangan terkini itu telah menyaksikan pendahulu Serie A 2019/20 tersebut untuk memanggil semula para pemain mereka yang berada di luar Itali untuk pulang.
Namun terdapat prosedur yang perlu dipatuhi oleh para pemain apabila mereka kembali semula ke Itali apabila wajib menjalani kuarantin selama dua minggu sebelum menyertai sesi latihan pasukan.
Sementara itu di pusat latihan, ujian saringan Covid-19 turut diadakan sebagai langkah berjaga-jaga diambil kelab gergasi Itali itu.
Beberapa rakan sepasukan Ronaldo iaitu Aaron Ramsey, Federico Bernardeschi, Juan Cuadrado, Carlo Pinsoglio dan Merih Demiral yang sudah pulih daripada kecederaan juga telah menjalani ujian terbabit. – MalaysiaGazette