Dean Henderson.

LONDON – Dean Henderson untuk bergelar penjaga gol pertama Manchester United dan England semakin hampir untuk menjadi kenyataan.

Pemain tengah Sheffield United, John Fleck berkata, rakan sepasukan yang dipinjam sejak musim 2018/19 daripada Manchester United menjadi tonggak utama bagi membantu kelab tersebut menikmati kempen cemerlang pada penampilan semula dalam saingan Liga Perdana Inggeris musim ini.

Dia memuji potensi hebat yang dimiliki penjaga gol kelahiran Whitehaven, England tersebut.

”Dia seorang yang luar biasa dan masih muda. Dia berjaya mengekalkan ‘clean sheet’, membuat beberapa ‘saves’ yang begitu hebat. Saya pasti dia akan menikmati karier yang cukup hebat masa masa akan datang.

”Dia memberitahu secara terbuka kepada semua orang untuk menjadi penjaga gol nombor satu Manchester United dan England secepat yang mungkin.

”Saya tidak fikir, dia terlalu jauh untuk mencapai perkara tersebut,” ujar Fleck menurut laporan dikeluarkan oleh Goal.

Sebelum saingan liga terpaksa dihentikan susulan wabak Covid-19, Sheffield United telah menghuni tangga ketujuh selepas mengumpul 43 mata dan menjadi pasukan kedua yang paling sikit dibolosi, iaitu sebanyak 25 sahaja gol dilepaskan.

Henderson berjaya menghalang pintu golnya dari dibolosi pada 10 perlawanan yang merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan bagi seorang penjaga gol muda. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast