SEOUL – Agensi perisikan Korea Selatan berkata, spekulasi tentang kesihatan Kim Jong Un adalah tidak berasas kerana tiada tanda-tanda pemimpin Korea Utara itu menjalani pembedahan jantung.
Kenyataan itu dibuat oleh Ketua Perisikan Korea Selatan, Suh Hoon kepada Jawatankuasa Parlimen.
Kehilangan Kim selama 20 hari termasuk tidak hadir dalam sambutan memperingati datuknya – salah satu acara terbesar di Korea Utara telah menimbulkan tanda tanya.
Beberapa laporan media mendakwa beliau sakit teruk atau mungkin sudah meninggalkan dunia.
Namun, sangkaan itu meleset sama sekali selepas beliau muncul dalam pembukaan sebuah kilang baja dalam keadaan sihat.
”Tiada tanda-tanda spekulasi tentang tahap kesihatan Kim Jong Un adalah betul,” kata agensi berita Yonhap.
Jawatankuasa itu dimaklumkan bahawa Kim telah muncul sebanyak 17 kali di khalayak setakat tahun ini.
Menjelang akhir tahun ini, Kim akan muncul sebanyak 50 kali.
Tetapi itu mungkin ada kaitan dengan wabak Covid-19, kata seorang anggota jawatankuasa itu – walaupun Korea Utara secara rasmi tidak mempunyai kes tersebut.
“Tidak dapat dipastikan ada wabak di Korea Utara.
“Kim Jong-un telah fokus untuk menyatukan urusan dalaman seperti pasukan tentera dan pertemuan parti-negara, dan kebimbangan koronavirus telah membatasi kegiatan awamnya,” kata anggota Parlimen, Kim Byung-kee.
Pada tahun 2014, Kim pernah hilang daripada pandangan umum selama 40 hari – mencetuskan spekulasi – sebelum muncul kembali dengan menggunakan tongkat.
Media negeri mengakui Kim menderita dengan “keadaan fizikal yang tidak selesa”, tetapi tidak mengesahkan tentang khabar angin bahawa beliau menderita akibat gout. – MalaysiaGazette