KKM) beralasan pihaknya tidak lagi boleh meluluskan permohonan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan golongan itu akan terjejas.-Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) beralasan pihaknya tidak lagi boleh meluluskan permohonan pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan golongan itu akan terjejas.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, pihaknya masih lagi meneliti permohonan industri swasta yang membuat permohonan itu kerana mahu pekerja mereka datang bekerja.

“KKM masih meneliti permohonan tersebut kita risau dan bimbang adalah kawalan tersebut. Kalau kita lihat di taska sebelum Covid-19 jangkitan penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), berlaku dengan mudah di taska.

“Kita masih belum lagi beri keputusan tetapi kita masih meneliti dengan sebaiknya melainkan kita boleh memperlihatkan pengurusan kanak-kanak tersebut one to one ataupun tempat yang khas barulah kita pertimbangkan,” katanya dalam sidang media harian di KKM hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah bercakap pada sidang media perkembangan terkini jangkitan Covid-19 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 30 APRIL 2020.

Noor Hisham berkata, kaedah pengumpulan kanak-kanak dalam satu-satu tempat menimbulkan kebimbangan kepada KKM kerana boleh menjadi kluster penularan wabak Covid-19.

“Jadi KKM sedang pertimbang kaedah dan inovasi baru. Barulah kita boleh beri keputusan. Sebelum beri laluan buka taska, kita pastikan keselamatan kanak-kanak terjamin,” tegas beliau lagi.

Sabtu lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata taska di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat di seluruh sahaja dibenarkan beroperasi menggunakan 100 peratus kapasiti pekerja mulai Isnin lalu.

Bagaimanapun, ia tertakluk kepada pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat seperti digariskan MKN. – MalaysiaGazette