Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)
Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)

KUALA LUMPUR – Para peniaga yang membuat permohonan permit bazar Ramadan di kawasan Subang akan menerima kembali bayaran mereka secara tunai bermula minggu depan.

Perkara itu dimaklumkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di laman Facebook dengan memberitahu, pembayaran akan dibuat secara berperingkat dari 12 hingga 15 Mei ini di Dewan Serbaguna MPSJ Taman Puchong Indah.

Katanya, waktu pendaftaran dan pengambilan semula bayaran permit akan dibuka dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.

Ujarnya, hanya penama yang diluluskan dan telah membayar permit sahaja diminta hadir dan tidak boleh diwakilkan kepada sesiapa.

Malah, penama juga perlu membawa Mykad dan satu salinan pengenalan diri perlu diserahkan kepada pihak majlis.

Berikut jadual sesi pemulangan bayaran permit mengikut lokasi bazar:

12 Mei (Selasa)
-Puchong Perdana
-Puchong Utama
-Taman Wawasan
-Taman Tenaga
-USJ 1
-USJ 7
-Pinggiran USJ
-Taman Batu 3

13 Mei (Rabu)
-Taman Sri Serdang

14 Mei (Khamis)
-Taman Equine
-Taman Puncak Jalil

15 Mei (Jumaat)
-Bandar Kinrara (BK5)
-Putra Heights. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast