Pemain dan kakitangan EPL enggan menandatangani borang sambung saingan EPL 2019-20 dengan mengambil kira ancaan Covid-19

LONDON – Para pemain dan kakitangan Liga Perdana Inggeris (EPL) diarahkan untuk menandatangani perjanjian sebagai sebahagian rancangan untuk menyambung semula saingan musim ini yang digantung pada 13 Mac lalu.

Mereka bimbang dan tidak sanggup berbuat demikian selepas mengambil kira ancaman ke atas nyawa akibat penularan wabak Covid-19 di United Kingdom ketika ini.

Situasi itu sekaligus mencetuskan konflik undang-undang yang melibatkan pemain dan kakitangan pada setiap kelab EPL.

Akhbar, Sportsmail difahamkan wakil beberapa pemain sudah membincangkannya dan mengambil ketetapan untuk tidak menandatangani borang perjanjian itu.

Mereka dilaporkn bimbang jika terdapat pemain atau kakitangan diuji positif Covid-19 setelah saingan musim ini disambung semula.

Kerisauan itu wujud selepas data terbaharu penularan Covid-19 di United Kingdom kini mula kritikal apabila ia muncul sebagai negara pertama dari Eropah yang melepasi paras 32,000 untuk kes kematian semalam.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia memberi terhadap amaran gelombang kedua Covid-19.

Sebahagian besar kelab EPL difahamkan sudah berbincang dengan pemain dan kakitangan masing-masing dan menyeru mereka tidak menandatangani sebarang borang jika berasa tidak selesa.

Terdapat pemain yang bimbang dokumen berkenaan hampir sama dengan undang-undang yang mana kelab boleh menggunakannya untuk mengelak liabiliti jangkitan Covid-19.

Bagaimanapun sumber dalaman EPL berkata, borang berkenaaan merupakan kaedah untuk mengesahkan semua pemain dan kakitangan bersetuju dengan protokol Covid-19 kelab masing-masing.

Selain itu masih wujud keraguan sama ada kelab boleh mengelak tindakan undang-undang daripada kakitangan atau pemain sekiranya disahkan positif Covid-19.-MalaysiaGazette