Permandangan selepas operasi Nyahcemar dan Nyahbau selesai berikutan Perintah Kawalan Pergerakan susulan penularan wabak Covid-19 di Pasar Borong Selayang, Selangor. foto IQBAL BASRI 30 APRIL 2020

KUALA LUMPUR – Dewan Perniagaan Minoriti (DPM) menyambut baik keputusan drastik Kementerian Wilayah Persekutuan membebaskan Pasar Borong Selayang dari genggaman warga asing dan mengutamakan warga tempatan.

Menurut Setiausaha Agungnya, Mohd Zulkifli Abdul Fattah, Menteri, Tan Sri Annuar Musa berjaya menyelesaikan isu lambakan pekerja asing di pasar berkenaan yang berlarutan sejak 20 tahun lalu.

Mohd Zulkifli Abdul Fattah

Katanya, berikutan tindakan itu ramai majikan mula mengiklankan peluang pekerjaan kepada pekerja tempatan dan mendapat sambutan menggalakkan dari warganegara yang menganggur, termasuk gelandangan.

“Kami merakamkan penghargaan kepada Annuar dan timbalannya serta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang mula mengambil tindakan drastik membebaskan Pasar Borong Selayang daripada dibolot warga asing dan mengembalikannya kepada rakyat.

“Dari maklumat yang kami terima, iklan tersebut mendapat sambutan dan membuktikan rakyat tempatan tidak memilih pekerjaan kerana peluang pekerjaan mereka sebenarnya telah dirampas oleh warga asing.

“Warga asing yang pada mulanya bekerja sebagai pekerja am di pasar borong itu berjaya memonopoli kawasan tersebut dalam jangka masa singkat. Ini berpunca pemegang lesen mencari jalan mudah menyewakan lot kedai kepada warga asing dan mengaut keuntungan ‘atas angin’,” katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Ahad lalu, Annuar dilaporkan berkata, kementeriannya mahu pengambilan pekerja asing di pasar borong seluruh negara dihentikan segera susulan laporan terdapat lebih 1,000 bekerja di Pasar Borong Selayang ketika ini.

Katanya, beliau sendiri tidak menjangka perkara itu berlaku selepas kawasan di sekitar pasar borong itu, yang majoriti dihuni oleh warga asing, dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19.

Jelas Mohd Zulkifli, pihaknya juga mendapati ‘gangster’ yang ‘menjaga’ kawasan pasar itu mengutip wang perlindungan daripada warga asing untuk memastikan keselamatan mereka daripada warga tempatan dan pegawai kerajaan.

Ini ujarnya, menambahkan lagi pengaruh dan kuasa warga asing dan menjadikan mereka ‘untouchable’ di kawasan Pasar Borong Selayang.

“Kesannya, seluruh kawasan pasar borong itu dan sekitarnya menjadi penempatan warga asing dan ini semua berlaku disebabkan rasuah.

“Jika warga asing boleh berniaga, berkuasa dan membuka penempatan sendiri di kawasan ini, punca utamanya pasti ada kebenaran dari pihak tertentu.

“Kami ada membuat tinjauan dan mendapati kebanyakan warga asing di kawasan ini adalah pemegang kad UNHCR, selain Pendatang Asing Tanpa Izin (Pati),” katanya.

Katanya, DPM berharap inisiatif yang dilakukan Kementerian Wilayah Persekutuan dan DBKL ini akan dituruti dengan penguatkuasaan yang gigih. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

10 Komen

  1. terbaek..teruskan dan pastikan ambil tindakan tegas bahi yang langgar arahan….

  2. Bagi Saya pasar borong harus di kekal,Kan jangan Ada lagi
    Warga asing memboloti pekedai Dan pasar borongikan
    Dengan ini B 40 Dan mengangur bolih berkerja
    Lagi satu pekedai yg menyalah guna diatas nama Ali baba
    Harus di ambil tindak Kan,senaraihitamkan rampas balik pekedaidati oner

  3. Allahu akbar. Terimakasih Engkau turun kan CORONA.. ya Allah permudahkan urusan para penguat kuasa dn kementrian yg menjalankn amanah ini .. jika ada lagi pendatang asing dn pti di kawasan ini… rasuah sdh mula kembali dn ada gengstar yg menjaga ATAS ARAHAN ORANG2 TERTENTU… sekarang MEREKA TDK SENANG DUDUK TENGAH MERANCANG SESUATAU UNTUK DAPATKAN KEMBALI PASAR SELAYANG… INGAT TU BETAPA TAHUN AKAN DATANG

  4. Ada hikmah Allah turunkan wabak corona.tebongkarlah agensi2 yg mkn rasuah dan dpt membantu rakyat gelandangan. Allahuakbar

  5. Allahu…hikmah utk semua. Bahgian pertama selesai, alhmdulillah…jangan pulak abaikn bahagian kedua pemegang lesen yg haloba dan bahgian ketiga, gengster yg mnjadi nanah masyarakat…bahawa sesungguhnya apa yg allah kurniakan cukup utk semua…

  6. susah nak jadikan negara nie bersih dan telus kalau masih ada pihak2 dan penguatkuasa yang bersikap “double standard” dan acuh xacuh,
    kerajaan daripada dulu pun bangang,sebab nak dipuji negara2 lain sangat,sanggup biarkan pelarian dan warga asing melambak2 dalam negara nie,puak2 nie secara xlangsung memberi saingan dan masalah kepada penduduk tempatan,
    harap tindakan segera kerajaan di pasar borong Selayang menjadi satu batu loncatan untuk kerajaan terus bertindak menyelesaikan isu lambakan warga asing,kad pengenalan tiruan serta kad pelarian palsu

  7. ada gangster yg tukang jaga pendatang2 haram dan warga asing kat situ,
    patutlah besar kepala,kurang ajar,
    mohon pihak polis segera bertindak menggunakan cara risikan untuk menangkap serta menghukum terus gangster taik anjing tu,
    barulah rakyat tempatan aman dan selesa bekerja serta berniaga di kawasan tesebut,
    #gangsterBODOH
    #PolisPERLUBertindakSegera
    #gangsterTAIKAnjing

  8. Pasar borong selangor bila nsk berubah. Alamat la ngkou klau masih lagi pendatang membanjiri pasar borong selangor sah la pakatan menyokong pelarian rohingya dan pendatang asing.

  9. Terbaik TSAM, selain pasar2 lain jangan lupa lepasni bersihkan juga Kg Baru dgn Keramat. Biar askar yg jaga biar pasang kawat2 duri baru sape2 ingat tolak ansur kita ada hadnya atau pagar duri jd hadiahnya…

  10. TERBAIK PIHAK BERKUASA … TERUSKAN MEMBELA BANGSA MELAYU DI PASAR BORONG DAN DI TEMPAT LAIN JUGA
    NAMUN MELAYU JANGAN MUDAH LUPA YANG MELAYU MALAS BERNIAGA INI JIKA DIBERI LESEN AKAN MENYEBABKAN LESEN KEMBALI TERGADAI KEPADA ORANG ASING
    AKHIRNYA MASALAH KEMISKINAN BANGSA MELAYU KEMBALI KE TAKUK LAMA
    MELAYU YANG MALAS BERNIAGA JUGA AKAN MEMAJAK LESEN KEPADA MELAYU YANG RAJIN
    KASIHANI MEREKA TIADA PELUANG MEMPEROLEHI LESEN YANG SAH ATAS SEBAB2 TERTENTU
    MAKA MELAYU YANG RAJIN BERNIAGA TERPAKSA MEMBAYAR HARGA YANG TINGGI DENGAN MEMAJAK LESEN KALAU MAHU TERUS HASRAT BERNIAGA
    PIHAK BERKUASA WAJIB MENGHAPUSKAN RACUN PERUSAK BANGSA HINGGA KE AKAR UMBI

Comments are closed.