KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan (PH) Kedah tumbang hari ini, selepas dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari PKR mengumumkan keluar parti.
ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan rakannya, ADUN Lunas, Azman Nasrudin membuat keputusan itu dalam satu sidang media bersama, tengah hari ini.
Kedua ADUN berkenaan memberitahu, mereka telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan membuat keputusan keluar dari parti itu berkuatkuasa serta merta.
“Saya dan Robert Ling Kui berikrar memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Mulai hari ini juga kami bukan lagi ahli dan ADUN PKR,” katanya pada sidang media di Kedah, hari ini
Dengan pengumuman itu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bukan lagi Menteri Besar Kedah, kerana PH negeri itu mempunyai 17 kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) pula 19 kerusi. – MalaysiaGazette
Berita lanjut menyusul
Setinggi tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada kerajaan PN Kedah kerana pembentukan kerajaan baru . Diharapkan sukarelawan dapat membantu bekas Menteri Besar Kedah untuk mengemaskan barang nya supaya cepat kosongkan Pejabat Menteri Besar. Jangan lupa
untuk mematuhi PKPB berkaitan penjarakan sosial supaya tak terkena kontak Covid 19 daripada dia.
Botak terus kepala boboi.jadi mb pun tarak jasa.
Aku rass ada kaitan dengan doa Orang teraniaya telah dimakbulkan. Orang nak berbuat baik untuk membantu orang dalam susah pun di halang.
Padan muka Medey…dah toksa nak cakap pasal mandat bagai…masa YB dari BN lompat masuk PH ko senyum lebar plak..sama lah dgn Anwar tu..ko ingat rakyat dah lupa pasal projek 16 September ko??? Pi mampus lah korang dua ekoq tua kutuk ni
Pabila berok dpt kuasa..