Isham Jalil
Isham Jalil

KUALA LUMPUR – Hari ini Datuk Seri Muhkriz Mahathir ditolak oleh dua ADUN dari gabungan Pakatan Harapan (PH) Kedah untuk tidak lagi bersama parti itu dalam kerajaan negeri.

Keputusan yang dibuat oleh ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin itu menjadikan Mukhriz tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN Kedah.

Menurut Presiden Pertubuhan Jalinan Sukarelawan Malaysia (Sukarelawan Malaysia), Isham Jalil, dengan tindakan dua ADUN itu juga Mukhriz tidak lagi layak sebagai Menteri Besar Kedah.

“Hari ini Mukhriz ditolak sekali lagi sebagai Menteri Besar Kedah buat kali yang kedua.

“Kali ini dua ADUN PKR telah menarik balik sokongan kepada Mukhriz menjadikannya tidak lagi mendapat majoriti dalam DUN Kedah, lantas tidak layak menjadi Menteri Besar.

“Jika Mukhriz tidak mampu menjaga negerinya dan ditolak dua kali setelah dilantik sebagai Menteri Besar, bagaimana dia berdaya untuk jadi Presiden Bersatu dan mengangkat ayahnya (Tun Dr. Mahathir Mohamad) sebagai Perdana Menteri kesembilan?,” kata beliau dlm kenyataan di sini, hari ini.

Hari ini, kerajaan PH Kedah tumbang selepas Dr. Robert Ling Kui dan Azman bertindak mengumumkan keluar parti untuk memberi sokongan kepada Perdana Menteri Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kedua ADUN PKR itu mengumumkan tindakan mereka dalam sidang media khas di Kedah, tengah hari ini.

PH Kedah kini mempunyai 17 kerusi, manakala PN 19 kerusi, sekali gus mengambil lagi pentadbiran kerajaan negeri itu.

Menurut Isham yang merupakan bekas pegawai khas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selama ini, walaupun berkali-kali kalah dalam pemilihan parti, Mukhriz yang juga Timbalan Presiden Bersatu dibawa naik dan dilindungi ayahnya.

Namun, katanya, sampai bila Tun Dr. Mahathir hendak melindungi anaknya yang tidak berdaya dalam politik itu?

“Jawatan kerajaan bukan untuk diberi turun temurun seperti syarikat keluarga atau harta pusaka. Sebab jika anak itu tidak berdaya mengurus politik dan mentadbir, rakyat yang akan menjadi mangsa.

“Saranan saya kepada Tun Dr. Mahathir, sudah tiba masanya untuk membiarkan Mukhriz berdiri di atas kaki sendiri. Jika dia tidak mampu, tidak adil kepada rakyat dan negara untuk Tun memaksanya naik juga.

“Usahlah melawan takdir,” katanya.

Beliau juga menasihatkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar melihat sahaja tindakan dua ADUN PKR itu menarik sokongan daripada Mukhriz dan biarkannya jatuh, walaupun Robert Lin Kui dan Azman dikatakan kem Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Ini kerana, jika Mukhriz naik, anda akan ditipu sekali lagi oleh Tun Dr. Mahathir dan anda selamanya tidak akan merasai menjadi Perdana Menteri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Tahniah anak beranak GAGAL mendapat kepercayaan rakyat wlaupun di negeri kedah sendiri..

  2. Diamlah kau barua jibby…DSMM ditolak dgn cara yg bacoiii…rakyat bukan bodo mcm hmpa sngkakan

  3. Cerdik sangat ke hang? Jika cerdik takkan marah kot bila DSMM kena terajang dari kerusi MB kedah.Sebab dia sendiri bodoh tak pandai berpolitik harapkan tongkat dari bapak nya biasa lah,jatoh bapak jatoh lah anak nya kan gitu kihkihkih

Comments are closed.