Datuk Johari Abdul

KUALA LUMPUR – Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR di Kedah yang bertindak keluar parti hari ini berhadapan dengan tuntutan RM10 juta setiap seorang, kata Pengerusi PKR Kedah, Datuk Johari Abdul.

Beliau berkata, parti akan mengambil tindakan segera terhadap mereka berdasarkan dokumen yang telah ditandatangani dan ikrar taat setia ketika bersetuju menjadi calon di Sidam dan Lunas pada pilihan raya sebelum ini.

“Mereka telah pun berikrar, berjanji dan menandatangani dokumen di mana sekiranya mereka keluar parti dan lompat parti maka mereka berhadapan dengan tindakan oleh PKR.

“Pada mereka bersedialah berhadapan dengan tindakan,” katanya ketika sidang media di Kedah yang disiarkan di Facebook Johari secara langsung.

Beliau berkata demikian sebagai respon kepada tindakan ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan rakannya, ADUN Lunas, Azman Nasrudin yang menegaskan pendirian telah hilang keyakinan dengan Presiden parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Johari berkata, kedua-dua ADUN itu telah mengkhianati pengundi di kawasan masing-masing yang memilih mereka atas sebab PKR, bukannya kerana diri mereka.

Pengumuman Dr Robert dan Azman dilihat bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana kedua-dua ADUN itu dikatakan kerap muncul bersama-sama Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang meninggalkan PKR pada 24 Febuari yang lalu dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

“Pengkhianatan yang terjadi hari ini membuktikan kepada rakyat bahawa kepentingan diri saudara lebih daripada perjuangan parti yang telah kita lalui sekian lama hampir 22 bulan,” katanya lagi.

Johari dalam pada itu memberi jaminan bahawa PKR akan tetap menjaga kebajikan pengundi di kedua-dua DUN Sidam dan Lunas itu.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Woi…ko dah lupa projek 16 September Anwar ke??? Masa tu boleh plak?? Lepas tu lepas pilihanraya YB BN lompat ramai2 ke PH ko tak melalak plak?? tak de plak ko kata mrk tu khianati pengundi?? Skrg ni ko sibuk plak menyalak!

Comments are closed.