Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata Presiden parti itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih menggelarkan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Bersatu.

Jelas beliau, perkara itu dizahirkan dalam surat menyurat antara kedua-dua mereka.

“Mesyuarat MPT hanya boleh dipanggil oleh Pengerusi parti dan diiktiraf oleh Presiden sendiri bahawa Tun Dr Mahathir adalah pengerusi Bersatu dalam kenyataan sebelum ini.

“Termasuk surat menyurat di antara Tan Sri Muhyiddin dengan Tun Dr Mahathir pun dia akui Tun sebagai pengerusi parti.

“Kalau pengerusi tidak panggil mesyuarat, macam mana boleh orang lain jemput mesyuarat. Malah tidak jemput pulak beberapa orang, ini tidak boleh,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman hari ini.

Mukhriz berkata demikian ketika ditanya mengenai mesyuarat pada minggu ini yang dikatakan diadakan tanpa menjemput beberapa pihak termasuk beliau dan Dr. Mahathir.

Justeru itu katanya, Muhyiddin dilihat sudah membelakangkan parti apabila melanggar perlembagaan parti.

“Bila Menteri Dalam Negeri sendiri nak diangkat sebagai Setiausaha Agung Bersatu mungkin perlembagaan sudah tidak penting bagi dia. Boleh langgar sesuka hati,” katanya.

Dalam pada itu Mukhriz berkata, parti seharusnya memberikan ruang kepada mereka untuk mempertahankan diri.

Malah menurut beliau, sekiranya berlaku pelanggaran perlembagaan parti, pihaknya boleh dirujuk kepada Lembaga Disiplin parti untuk membuat keputusan.

“Benarkan kami untuk mempertahankan diri kalau ada pun apa-apa tuduhan salah laku dan pelanggaran peraturan parti atau apa-apa sahaja.

“Kalau ada perkara yang dilakukan salah, adukan perkara ini ke Lembaga Disiplin kemudian siasatan dilakukan dan ada surat tunjuk sebab dah diberikan peluang untuk mempertahankan diri.

“MPT tidak boleh buat keputusan untuk buang sesiapa pun. Kami tunggu juga sebab tidak sabar nak jawab. Malah soalan yang saya kemukakan sampai hari ini tidak terjawab,” katanya.

Mesyuarat berkenaan bagaimanapun ditangguhkan ekoran satu notis penangguhan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Kerja Bersatu, Muhammad Suhaimi Yahya kepada pimpinan tinggi parti tersebut.

Selain Dr Mahathir dan Mukhriz, turut tidak dijemput adalah Ketua Armada, Syed Saddiq Abdul Rahman; bekas Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya dan Tariq Ismail Mustafa. -MalaysiaGazette

4 Komen

  1. Hati depa masih ameno….kaluar lah Bersatu dn join ameno jgn kacau Bersatu pro TUN

  2. Pengkhhanat bangsa masuk UMNO tak boleh terima. Tak malu ke bekawan dengan kleptokrat pencri dan penyangak. Lagipun dia bukan melayu . Dia Si Kitol dalam sejarah melayu melaka. Suruh aje makan sireh.

  3. aku benci btul tgk karenah org tua sekor nie,
    org tua nie hanya tahu menyusahkan rakyat Malaysia,
    komunis mmg aku benci,tp yg paling aku benci adalah pengkhianat,
    pengkhianat tua bangka nie xpernah pun nak fikirkan rakyat,
    dia cuma pentingkan diri dan anak beranak dia jek,
    dia sanggup memperjudikan nasib rakyat demi kuasanya semata2,
    cukuplah si tua kutuk oii,

Comments are closed.