LONDON – Perbincangan antara Manchester United dan wakil Angel Gomes selama beberapa bulan lalu dilaporkan menemui jalan buntu selepas kedua-belah pihak masih enggan mendapat kata sepakat.
Gomes yang kini menjadi buruan beberapa kelab termasuk Chelsea akan tamat kontrak pada Jun ini.
Tempoh beberapa minggu dari sekarang akan membolehkan pemain berusia 19 tahun itu menjadi ejen bebas dan bebas menyertai mana-mana pasukan secara percuma.
Dia dilaporkan ditawarkan kontrak lumayan £25,000 seminggu tetapi wakilnya dianggap lebih menekankan kekurangan waktu permainannya.
Pada masa sama, Mason Greenwood dan Brandon Williams lebih banyak diberi peluang dalam skuad utama selain Tahit Chong kerap masuk sebagai pemain gantian namun Gomes gagal untuk mengikuti jejak mereka. – MalaysiaGazette