Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Kejatuhan Pakatan Harapan di Kedah berpunca daripada ketaksuban Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih mahu menjadi perdana menteri meskipun jelas gabungan itu tidak akan mampu bertapak semula.

Pemerhati politik, Profesor Madya Dr. Salawati Mat Basir berkata, perkara itu jelas apabila dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedah bertindak meninggalkan PKR dengan alasan sudah hilang keyakinan terhadap parti.

Katanya, keputusan tersebut membuktikan bahawa PKR sudah gagal memberikan hala tuju demi kebaikan rakyat di semua peringkat.

Sebaliknya yang menonjol adalah perjuangan demi diri Anwar semata-mata.

“Kalau kita tengok Anwar masih kempen lama dia iaitu masih nak jadi Perdana Menteri. Orang sekarang fikir pasal ekonomi dan tambahan lagi pasal Covid-19, tidak hanya politik semata-mata. Lagipun Pakatan Harapan pernah pegang (menjadi kerajaan) dan terbukti mereka gagal.

“Mereka sudah gagal, jadi apa yang nak mrerepek nak jadi Perdana Menteri lagi kalau semua orang sudah tahu itu tidak akan boleh terjadi,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai perkembangan terbaru di Kedah menyaksikan kerajaan Pakatan Harapan di negeri tersebut tumbang selepas ADUN Sidam, Dr. Robert Ling Kui Ee dan rakannya, Adun Lunas, Azman Nasrudin daripada PKR meletakkan jawatan.

Alasan yang diberikan kedua-dua ADUN itu adalah hilang keyakinan terhadap Anwar yang juga merupakan Ketua Pembangkang Pakatan Harapan.

Salawati turut melihat punca rasa tidak puas hati sehingga menyebabkan kerajaan PH di Kedah tumbang adalah kerana Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang dilihat tidak mempunyai ‘wow factor’ kerana gagal membawa reputasi baik dengan memuaskan hati rakyat.

“Orang tidak puas hati dengan Mukhriz dia sibuk di Kuala Lumpur, tidak menumpukan perhatian dengan Kedah. Keadaan politik sekarang ialah orang nak tengok siapa yang mampu menjaga baik suatu tugas dia, Mukhriz orang tidak tengok beliau ada ‘wow factor’.

“Di Kedah Mukhriz tidak nampak buat yang terbaik untuk Kedah. Ini masalahnya, seorang pemimpin mestilah dapat sokongan kalau dia gagal dapat sokongan macam mana dia nak buat (tadbir Kedah)?” soal pensyarah undang-undang di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu.

Situasi terkini itu,i tambah Salawati, secara tidak langsung memberikan mesej jelas bahawa Pakatan Harapan tidak akan berjaya sekiranya meneruskan usaha membawa undi tidak percaya di Dewan Rakyat.

Apatah lagi, katanya, rakyat semakin bijak menilai krisis dalaman Pakatan Harapan yang tidak berpenghujung adalah disebabkan percanggahan sesama pemimpin, bukannya angkara sabotaj pihak luar.

“Perikatan Nasional (PN) bukannya kerajaan pintu belakang, mereka ikut proses sebetulnya. Siapa yang letak jawatan.

“”Saya tidak nampak mereka akan menang undi tidak percaya kerajaan sekarang sedang perkukuhkan diri mereka mereka tidak semberono, usaha mereka kelihatan. Rakyat mahu melihat tindakan berbanding kata-kata sahaja,” tambah beliau.

Untuk rekod, Mukhriz pada 2016 meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Kedah selepas kehilangan sokongan majoriti Dewan Undangan Negeri (DUN).

Semalam pula Pakatan Harapan di negeri itu tumbang akibat tindakan kedua-dua ADUN PKR tersebut.

Dengan pengumuman itu, beliau sekali lagi kehilangan jawatannya sebagai Menteri Besar negeri jelapang padi itu.

Jumlah kerusi terkini yang dimiliki Pakatan Harapan Kedah adalah 17, manakala Perikatan Nasional (PN) pula 19 kerusi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

9 Komen

  1. Dia dan bapak dia tak perlu ada dalam BERSATU. Elok pecat saja sebab menyusahkan rakyat dan bapaknta seorang yang tamak dan gila kuasa.

  2. Fikir2 kn lh wahai puak2 ph yg kemaruk jwtan tu..fikirlh utk rakyat, ekonomi …kita bukna hdp.lama..biak yg tua n yg muda kerja lh utk dpt redha Allah..jgn duk ikut org kafir yg kerja utk kaya .

  3. Kalau dah biasa jilat bontot DAP macamtulah perangainya. Yg cakap tu prof/dr… Ada substance lah, bukan meroyan macam tuan hang.. Kau tu datuk palsu. Hati2 dengan barua2 berbayar DAP nie.

  4. 2 kali jd menteri besar… Tiada langsung kemajuan di neger sana tu…. Nampak memang betol2 gagal anak mahathir ni… Tetapi sayang nye penyokong yg taksub masih lagi percaya… Nampak sangat hanya kaut untung dr kedudukan…

  5. mukhriz pun bukan lahir kat kedah …dia lahir pun kat kl ….mn ada dia sekolah kat kedah…x dak pun….dia bukan anak jati kedah….tun m orang kedah itu aje…bini tun m siti hasmah bukan org kedah…dia orang selangor…..tetiba mukhriz nak jd juara kedah…..sedangkan dia hidup kaya raya….nak tilong orang miskin2 kat kedah sori ler…mmg x ah……..yg pi tolong org miskin kat kedah tu baik bagi ustaz ebit liew setel….mukhriz setel kan kroni2 dia org2 kaya kedah jer

Comments are closed.