KUALA LUMPUR – Menyedari citarasa rakyat yang rindu dengan kelazatan dua burger istimewa Jepun lima tahun lalu, McDonald’s Malaysia kini mengubati rindu anda dengan membawa kembali Samurai Burger dan Shogun Burger bagi memenuhi citarasa pelanggan.
Samurai Burger yang kali terakhir dihidangkan pada tahun 2015, merupakan salah satu menu yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia kini kembali lagi.
Begitu juga dengan Shogun Burger yang mendapat banyak maklum balas positif daripada rakyat Malaysia ketika pertama kali dilancarkan pada tahun yang sama,kata Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia, Melati Abdul Hai.
Dalam kenyataan media hari ini, Melati menjelaskan, Burger Samurai dan Burger Shogun yang disediakan dalam pilihan daging ayam atau daging lembu menampilkan sos teriyaki istimewa McDonald’s yang pastinya memberi keenakan yang sangat memuaskan hati.
“Kempen ‘Discover the World’ menjadi platform yang amat penting bagi membolehkan McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai menu berbeza kepada rakyat Malaysia dengan citarasa unik dari negara-negara terpilih di seluruh dunia.
“Tahun ini, kami membawa kembali dengan citarasa Jepun yang lazat kepada rakyat kita dengan hidangan Burger Samurai dan Burger Shogun yang sangat disukai ramai, ” katanya dalam kenyataan tersebut.
Tambah Melati, Burger Samurai dihidangkan dengan daging lembu atau daging ayam empuk yang dicelup ke dalam sos teriyaki enak, dilapisi dengan sos McChicken, salad segar, dan diapit dengan roti bijan yang dibakar sempurna.
Menurut Melati, bagi mereka yang gemarkan burger dengan telur, Burger Shogun merupakan pilihan tepat untuk memenuhi selera mereka.
“Sesetengah orang merasakan hidangan mereka tidak lengkap tanpa pencuci mulut yang enak. Oleh demikian tahun ini McDonald’s Malaysia turut memperkenalkan semula Green Tea McFlurry yang menyegarkan.
“Selain itu, Yuzu Cream Cheese Pie baharu dengan kulit pai yang rangup dan inti enak berperisa sitrus boleh menjadi hidangan pencuci mulut tambahan untuk dinikmati para pelanggan,” katanya.
Selain Jepun jelas Melati, McDonald’s Malaysia juga akan membawa pelanggan menikmati citarasa enak dari negara-negara lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Justeru katanya, pelbagai burger edisi terhad berada dalam senarai francais berkenaan dan akan ditawarkan dengan citarasa dan ramuan yang berbeza kepada rakyat secara berperingkat.
Set Samurai Burger dan Shogun Burger dihidangkan bersama French Fries dan Coke dijual di pasaran mulai semalam yang mana set sederhana Burger Samurai boleh didapati dengan harga dari RM14.99 manakala Burger Shogun pula hanya boleh didapati mulai 28 Mei ini dengan harga dari RM15.99 untuk set
sederhana.
Untuk maklumat lanjut mengenai pelbagai menu menarik McDonald’s, layari www.mcdonalds.com.my.-MalaysiaGazette