Barisan pemimpin tertinggi UMNO dan Pas mengadakan pertemuan di PWTC semalam.

KUALA LUMPUR – Muafakat Nasional (MN) yang menyaksikan kerjasama politik antara UMNO dan Pas menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Perkara itu dirumuskan selepas barisan kepemimpinan tertinggi UMNO dan Pas yang terdiri daripada presiden, timbalan presiden dan naib presiden kedua-dua parti mengadakan pertemuan petang semalam.

Antara yang hadir Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan.

MN dalam kenyataan yang ditandatangani Setiausaha Agung I, Tan Sri Annuar Musa dan Setiausaha Agung II, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, pendirian itu juga selaras dengan keputusan kesemua ahli Parlimen UMNO dan Pas yang memberi sokongan penuh kepada Muhyiddin. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast