Meskipun kerajaan sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun selaku badan korporat yang sangat prihatin, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) tetap meneruskan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di bulan Ramadan ini dengan membantu golongan yang kurang bernasib.
Hari ini PTPTN meneruskan amal jariah badan korporat itu dengan memberi sumbangan yang pelbagai kepada Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim dan Asnaf Teratak Ummi di Batu Caves.