Mukhriz Mahathir

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata beliau reda dengan apa yang berlaku keatas dirinya hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata dirinya akan meneruskan jawatan sebagai pembangkang di negeri Kedah.

“Saya reda dengan keadaan ini dan dengan relahati bersedia melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar. Apa juga perkembangan politik yang mungkin atau tidak berlaku di peringkat Persekutuan, saya dan rakan-rakan PH (Pakatan Harapan) serta Datuk Amiruddin Hamzah bertekad untuk bergerak sebagai pembangkang sehingga Dewan Undangan Negeri Kedah dibubar – selewat-lewatnya pada bulan Mei 2023,” katanya dalam sidang media di Wisma Darul Aman di hari terakhir beliau sebagai Menteri Besar Kedah hari ini.

Dalam pada itu, Mukhriz tidak akan menerima kembali Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bertindak mengkhianati beliau dan partinya, Bersatu.

Malah beliau memberi amaran, supaya tidak ada mana-mana ADUN yang berpaling tadah untuk kembali ke pangkuan mereka suatu hari nanti.

“Kami tidak akan melayan mana-mana pihak dari kalangan ADUN-ADUN yang telah mengkhianati kepercayaan rakyat Kedah, yang tiba-tiba hendak balik ke pangkuan kami.

“Kekallah mereka di sana bersama rakan-rakan subahat mereka, tiada maaf bagimu! Dan kekallah kami bersama rakan-rakan seperjuangan PHyang telah menewaskan BN dulu,” katanya.

Dalam pada itu, Mukhriz mengucapkan ribuan terima lagi keatas Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah atas perkenan baginda melantik beliau sebagai Menteri Besar sebelum ini.

“Dengan penuh hormat dan takzim, saya ingin menjunjung setinggi-tinggi kasih kepada Sultan Negeri Kedah, Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah yang sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada saya pada bila-bila masa saya memerlukannya.

“Sesungguhnya rakyat dan saya bertuah kerana berada di bawah naungan Tuanku yang sentiasa prihatin dan mengambil berat tentang keadaan rakyat baginda,” katanya lagi.

Mukhriz hilang jawatan Menteri Besar apabila 23 ADUN Kedah bertindak menyokong ADUN Jeneri daripada Pas, Muhammad Sanusi Md Nor bagi membentuk kerajaan negeri baru Perikatan Nasional.

Malah, 23 wakil rakyat yang menyokong PN sudah menandatangani akuan berkanun menyatakan hilang keyakinan terhadap Mukhriz.

Ia selepas ADUN Sidam, Robert Ling dan ADUN Lunas, Azman Nasrudin bertindak meninggalkan PKR pada Selasa lalu dan menyokong PN.

Ia diburukkan lagi dengan empat ADUN Bersatu turut mengatakan sokongan terhadap PN.

Pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) Mac 2018, PH berjaya membentuk kerajaan negeri dengan majoriti mudah 19 ADUN berbanding 17 ADUN dalam pembangkang.

Pas mengetuai blok pembangkang dengan 15 kerusi dan UMNO mempunyai dua kerusi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mukhriz umum letak jawatan MB Kedah serta merta

4 Komen

  1. Parti hang pun dah nk tendang hang keluar sekali bapak hg tu mcmna pula hg kata tk mau terima org bersatu balik , yg tolak hang keluar tu org bersatu la tu ..

    • Manusia buta hati. Bapak Borek anak Rintik. Biasa lah. Dah terang2 kencing hancing merata2 tapi tak mengaku. Sedap je kata Menteri2 Bn nak lepaskan diri dari didakwa atas pelbagai Jenayah. Sedangkan Dia dan ahli keluarga Suci ke sepanjang Atok jadi Pm 22 tahun. Menabung dari kecil smpi jadi Billionaire. Huhuhu. Kahak Ptuiii

  2. Bulan Mulia muhasabah diri Kita…. Jgn kita menuding sesiapa, diri kita juga alpa…. Salah kita , kita hitunglah.

Comments are closed.