idrus harun
Idrus Harun

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Latheefa Koya telah bersetuju secara prinsip untuk menerima penyelesaian kes Riza Shahriz Abdul Aziz (Riza Aziz).

Peguam Negara, Tan Sri ldrus Harun dalam satu kenyataan berkata, Riza Aziz telah didakwa dengan lima kesalahan pengubahan wang haram yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 [Akta 613] kerana menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah AS$248,173,104.00 yang berkait dengan 1MDB di antara April 2011 dan November 2012.

Sejak pemfailan pertuduhan, Riza Aziz telah mengemukakan beberapa representasi ke Jabatan ini melalui Peguam Cara beliau, Tetuan Scivetti & Associates.

Kronologi surat perhubungan antara Jabatan Peguam Negara/SPRM dan Peguam Cara Riza Aziz, sebelum pelantikan saya sebagai Peguam Negara adalah menyerahkan haknya ke atas tiga hartanah yang telah disita oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat dan Riza Aziz perlu memberi kerjasama untuk mengembalikan harta-harta tersebut atau nilainya kepada Kerajaan Malaysia.

Hartanah tersebut adalah satu unit bangle di Beverly Hills, California; satu unit pangsapuri di New York dan satu unit rumah bandar di London,United Kingdom.

Riza juga bersetuju agar wang yang dirampas daripadanya yang menjadi hat perkara dalam satu kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, dilucuthakkan kepada Kerajaan Malaysia dan membayar sejumlah kompaun selaras dengan peruntukan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.

Idrus menjelaskan, beliau telah dinasihatkan oleh Tommy, setelah meneliti surat representasi ini, melalui satu minit bertarikh 19 November 2019, telah memohon pandangan daripada Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, dan turut menyatakan berdasarkan cadangan-cadangan yang dinyatakan di atas, beliau bersedia untuk memberi pertimbangan kepada representasi tersebut.

”Saya selanjutnya telah dinasihatkan bahawa Datuk Seri Gopal Sri Ram, setelah berbincang dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Puan Latheefa Koya, telah mencadangkan agar cadangan­ cadangan yang dinyatakan di dalam representasi tersebut diterima oleh SPRM.

”Saya juga telah dinasihatkan bahawa Tan Sri Tommy Thomas telah secara prinsip bersetuju dengan cadangan tersebut. lni telah membuka jalan kepada rundingan lanjut dan perancangan mekanisme yang perlu diambil, diadakan,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Tambah beliau, pada 11 Mac 2020, pihak Peguam Cara telah menghantar satu lagi surat representasi mengukuhkan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan sebelum ini dan memberiaku janji bahawa, jika Riza Aziz gagal untuk mematuhi mana-mana terma dan syarat yang dinyatakan,kelima-lima pertuduhan pengubahan wang haram yang dikenakan ke atasnya dikekalkan.

Menurut Idrus, perkara ini telah dibentangkan kepadanya setelah beliau dimaklumkan tentang pendirian terdahulu Thomas.

”Setelah ditaklimatkan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya yang mengendalikan perkara ini, saya bersependapat dengan pandangan mantan Peguam Negara sebagaimana yang telah ditaklimatkan kepada saya dan telah bersetuju untuk menerima tawaran Riza Aziz tertakluk kepada pematuhan yang ketat terhadap semua terma dan syarat,” katanya.

Selanjutnya, pada 16 April 2020, pihak SPRM telah membalas surat Peguam Cara yang secara asasnya menyatakan bahawa Pendakwa Raya bersedia untuk memohon satu perintah pelepasan tanpa pembebasan (DNAA) ke atas kelima-lima pertuduhan tertakluk kepada Riza mengambil langkah-langkah untuk memastikan semua wang dan harta-harta yang disita dikembalikan kepada Kerajaan Malaysia dan seterusnya membayar kompaun selaras dengan seksyen 92 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Anti Pembiayaan Keganasan 2001.

Pada 21 April 2020, pihak SPRM telah menulis kepada pihak Peguam Cara mengarahkan agar Riza Aziz turut melepaskan hak, hak milik, dan kepentingannya ke atas satu lagiaset yang dikenali sebagai “Metropolis Poster” yang merupakan sebuah poster 3 helai berwarna litograf berbingkai ciptaan seorang pelukis dari Jerman bernama Heinz Schulz-Neudamm untuk filem senyap bertajuk “Metropolis” yang telah diterbitkan pada tahun 1927.

Pada 13 Mei 2020 pula, SPRM sekali lagi telah menulis kepada pihak Peguam Cara mengarahkan Riza Aziz untuk turut memindahkan sejumlah AS$14,087,072.76 yang berada di dalam satu akaun escrow di Huntington National Bank di Amerika Syarikat kepada Kerajaan Malaysia.

”Dengan perkiraan ini, Kerajaan Malaysia dijangka akan menerima kembali sejumlah kira kira AS$108 juta (tertakluk kepada harga jualan sebenar aset-aset dan penolakan apa-apa kos) untuk dikreditkan ke dalam Akaun Amanah Pemulihan Asel 1MDB.

lni adalah tambahan kepada AS$57,036,688.68 yang telah dilucuthak sebelum ini dalam bulan April 2019 daripada Red Granite Pictures, sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh Riza Aziz, yang mana dana tersebut dapat dikesan berkaitan dengan 1MDB.

Perkiraan lni adalah sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan dalam mendapatkan kembali aset-aset berka tandengan 1MDB.

Malah, Idrus menjelaskan beliau telah dimaklumkan bahawa rundingan dengan beberapa pihak dalam tahun-tahun lepas terutama berkaitan dengan aset yang berada di luar negara telah berjaya mendapatkan kembali serta pemulangan wang-wang yang akan meringankan beban kerajaan dalam membayar hutang-hutang 1MDB.

Rundingan tersebut adalah amat rumit, katanya, memerlukan kerjasama erat dengan pihak berkuasa di luar negara dan masih berterusan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Pelik bin ajaib . Kes 1MDB belum tentu ada kesahihan lagi penyelewengan dana sebab maseh dalam perbicaraan di mahkamah tapi yg disyaki terbabit dgn dana dah kena hukum…? Aku pun konfius, ingat Atuk je..

  2. Apa lagi yg TT nk nafikan agaknya. AG telah menyatakan segala bukti rundingan ini dibuat semasa TT jd AG. Klu AG la ni berbohong, TT saman aja lah, senang cerita

Comments are closed.