PUTRAJAYA – Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memutuskan sama ada akan mengenakan saman ke atas orang ramai yang mengambil tindakan rentas negeri ketika sambutan perayaan Aidilfitri.
Keputusan itu akan diketahui dalam mesyuarat yang akan diadakan esok, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata, pertimbangan itu dibuat bagi memastikan tidak berlaku penularan jangkitan wabak Covid-19 pada musim perayaan.
“Sekarang kita hanya memberi nasihat supaya berpatah balik tetapi (kerajaan) mungkin akan menguatkuasakan kaedah seperti saman.
“Jadi kita akan berbincang dalam mesyuarat MKN esok untuk melihat kepada tindakan penguatkuasaan,” katanya pada sidang media situasi semasa Covid-19 di kementeriannya hari ini.
Noor Hisham mengulas mengenai peningkatan kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang menyambut hari raya di kampung dimana perkara itu telahpun berlaku.
Umat Islam dijangka menyambut Hari Raya Aidilfitri Ahad ini dalam situasi negara di landa penularan pendemik Covid-19. – MalaysiaGazette
tak payah putuskan tetapi terus saman mengikut peruntukkan undang undang yang ada..Bagi tau dengan tegas kami akan menguatkuasakan undnag undnag saman pada yang merentas negeri tanpa ada alasan yang kukuh seperti kecemasan..