LONDON – Fernando Alonso bersedia untuk kembali ke litar pada tahun hadapan setelah setahun meninggalkan dunia perlumbaan, menurut penasihatnya, Flavio Briatore.
BBC Sport difahamkan, juara dunia sebanyak dua kali itu telah mengadakan perbincangan dengan Renault untuk kembali berlumba namun pasukan itu masih belum membuat keputusan.
Briatore berkata: “Fernando teruja. Setelah setahun meninggalkan F1 telah memberi kebaikan kepadanya. Saya melihat dia lebih tenang dan bersedia untuk kembali,”.
Alonso meninggalkan F1 pada penghujung 2018 dan merancang untuk berlumba pada perlumbaan Indianapolis 500.
Renault merupakan pasukan yang realistik untuk Alonso sekiranya dia mahu kembali berlumba. – Agensi