KUALA LUMPUR – Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak untuk menyatakan bahawa demokrasi di negara ini mati jika Ahli-Ahli Parlimen tidak dibenarkan bersuara.
Ini kerana, kronologi tumbangnya Kerajaan Pakatan Harapan menunjukkan semua masalah berpunca daripada bekas Perdana Menteri itu sendiri.
Malahan, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa Wai How mempersoalkan jika Dr Mahathir menghormati kewibawaan Parlimen, mengapa beliau tidak melepaskan jawatan Perdana Menteri ketika digesa oleh rakan-rakannya dalam Pakatan Harapan (PH).
Disebabkan itu, tercetusnya kemelut politik hingga mengakibatkan kerajaan lambat bertindak menangani pandemik Covid-19 yang ketika itu sudah pun menjejaskan negara-negara lain termasuk di Asia Tenggara.
”Jelas dilihat bahawa Tun Dr Mahathir adalah dalang kemelut politik yang menjatuhkan Kerajaan PH, tetapi beliau masih angkuh menuduh kerajaan kononnya menggunakan pandemik Covid-19 untuk menyekat suara rakyat,” katanya di sini.
Bahkan, katanya, Dr Mahathir tidak sekalipun mengaku salah tetapi masih cuba menghasut rakyat untuk memfitnah kerajaan sekarang dengan menyatakan demokrasi sudah mati.
Sedangkan, rakyat masih mengingati pentadbiran Dr Mahathir yang memperlekehkan prinsip dan nilai demokrasi semasa menjadi Perdana Menteri keempat, ujar Daniel lagi. – MalaysiaGazette
betul …..
Bila lah orang tua ni nak di bawa oleh malaikat ke langit. Buat semak mata aje.
adoiii..
si atok sial nie da byk menyusahkan rakyat Malaysia khususnya org Melayu,
si atok sial nie la punca Melayu berpecah belah,
si atok sial nie la punca Melayu hidup susah,
skrg duk maki mcm2 kat Melayu sbb xsokong dia,
cepat2 mati la atok sial oii drpd hidup menyusahkan rakyat jek,
politik negara jadi teruk dan penuh dendam sbb si atok sial nie laa,
hancur negara dan rakyat si atok sial nie kejekan,
anak beranak semua billionaire,
semua usaha sendiri katanya,kepala buto la lu atok sial