LONDON – Rolls-Royce akan mengurangkan 9,000 pekerja dan memberi amaran mengambil masa beberapa tahun untuk industri penerbangan pulih daripada kesan pandemik koronavirus.
Firma itu terlibat dalam menghasilkan enjin pesawat berkata, pengurangan itu membabitkan satu per lima kakitangannya.
Paling terjejas adalah bahagian ruang aeroangkasa sivil.
“Ini bukan krisis yang dibuat tetapi krisis yang perlu kita berdepan dan menanganinya,” kata Warren East.
Sejumlah besar pekerjaan dijangka terlibat di United Kingdom.
Rolls-Royce mempunyai 52,000 pekerja di seluruh dunia.
Bagaimanapun, East berkata, pihaknya masih belum memutuskan bahagian mana yang akan terjejas dengan langkah itu kerana perlu mendapat pandangan daripada kesatuan-kesatuan.
Perjalanan udara terus terhenti sejak koronavirus mula tersebar di seluruh dunia dan banyak syarikat penerbangan telah mengumumkan pengurangan pekerja.
Rolls-Royce mengatakan “penyusunan semula utama” perniagaannya akan membolehkannya “menyesuaikan diri dengan permintaan baharu dari pelanggan”.
Selain kehilangan pekerjaan, syarikat itu mengatakan akan mengurangkan kos di kilang dan hartanahnya.
Langkah itu dijangka memberi penjimatan kos sebanyak £ 1.3 bilion. – MalaysiaGazette