BEIJING – Perbelanjaan pertahanan China meningkat 6.6 peratus tahun ini berbanding 2019, demikian menurut laporan yang diterbitkan sempena pembukaan mesyuarat tahunan Parlimen hari ini.

Angka tersebut yang mewakili 1.268 trilion yuan (AS$178.16 bilion) – jika dilihat secara teliti menunjukkan betapa agresifnya negara tersebut meningkatkan keupayaan pertahanan mereka.

Bajet pertahanan China meningkat 7.5 peratus pada 2019, melebihi pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahunan negara tersebut iaitu 6,1 peratus.

Sedangkan ekonomi China menguncup 6.8 peratus pada suku pertama 2020 berbanding tahun sebelumnya akibat penularan koronavirus yang berpunca dari Wuhan sejak akhir tahun lepas.

China mengabaikan sasaran pertumbuhan ekonominya buat pertama kali tahun ini bagaimanapun tetap menyatakan ikrar kerajaan untuk terus menyokong ekonomi, kata laporan kerja Perdana Menteri Li Keqiang semasa melancarkan mesyuarat tahunan Parlimen negara tersebut.

Meskipun berlaku penularan pandemik koronavirus, pasukan pertahanan China dan Amerika Syarikat tetap aktif di kawasan pertikaian, Laut China Selatan dan Taiwan.

Pandemik juga telah memburukkan lagi hubungan Beijing-Washington.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast